Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772

Adam Lee Respon Peminat Kata Rugi Sweet Qismina Potong Rambut Pendek – ‘Saya Suami Dia, Saya Suka’

$
0
0

Pelakon Sweet Qismina mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan penampilan baru iaitu  berambut pendek baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Adam Lee Teruja Nak Pindah Rumah Idaman Bersama Sweet Qismina – ‘Bila Ada Rezeki Masuk, Kami Akan Renovate’

Artikel Berkaitan: Adam Lee & Sweet Qismina Kunci Mulut Isu Perceraian Rakan Artis, Fokus Rumah Tangga Sendiri – ‘Kami Pun Ada Aib Yang Kena Jaga’

Rambut pendek

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi, 28, berkongsi imej baharu itu ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid di Langkawi.

Dalam pada itu, Sweet dalam hantaran baru memuat naik gambar baharu menunjukkan dengan lebih dekat rambut pendek. – buang

In my shot hair era.

Bagaimanapun, penampilan baru Sweet mendapat respons kurang senang daripada peminatnya.

Dakwa peminat itu, Sweet rugi kerana memotong rambutnya yang panjang kepada rambut pendek.

Komen tersebut mendapat perhatian suami Sweet sendiri, iaitu pelakon Adam Lee yang membalas dia menyukai rambut terbaru isterinya.

Tidak mengapa, saya suami dia. Saya suka.

Untuk rekod, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Sumber: Instagram

The post Adam Lee Respon Peminat Kata Rugi Sweet Qismina Potong Rambut Pendek – ‘Saya Suami Dia, Saya Suka’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772