Setelah tular video balas membalas antara bakal madu dan usahawan Nur Nilam Ortiz di media sosial, akhirnya pelakon Azlan Komeng memilih untuk bersuara dan mempertahankan isterinya.
Artikel Berkaitan: Azlan Komeng Luah Rasa Cinta Pada Nur Nilam, Netizen Tegur – ‘Apabila Suami Nak Kahwin Lain, Itu Bermakna Dia Dah Tak Sayang Isteri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bakal Madu Nilam Tidak Hamak Kahwin Dengan Pelakon, Hilang Sabar Dengan Cacian Warganet – ‘Sebab Mata Inilah Azlan Komeng Jatuh Cinta’
Azlan hilang sabar?
@azlankomeng_official Masa dah time…. ? Alhamdulillah… ingatan buat diri, YANG SUKA KITA AKAN FAHAM, YANG TAK SUKA KITA AKAN TERUS MEMBENCI. #bismillah ? original sound – AzlanKomeng
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Azlan dilihat hilang sabar dengan tindakan bakal isterinya yang melanggar perjanjian untuk tidak melampaui batas.
Tambah Azlan, dia enggan memberi muka setelah wanita berniqab yang dikenali sebagai Maizila itu difahamkan menyentuh isterinya, Nilam.
Aku dah dapat maklumat daripada pihak di sana.
Yang sedar diri dia siapa, sedar lah.
Aku tak mahu di tahap sampai sakitkan hati sesiapa atau menyusahkan orang lain.
Perkara yang tak patut jadi isu, dah jadi isu. Yang dah bincang dengan baik pun jadi hal.
Jadi, tiada guna untuk berbincang.
Peringatan untuk bakal isteri kedua?
Dalam pada itu, Azlan sempat meninggalkan peringatan yang didakwa dituju kepada bakal isterinya, Maizila Aini.
Kau dah langgar sempadan yang aku bagi.
Aku dah kata, jangan kau sentuh Nilam.
Jangan buat perkara yang meresahkan Nilam, kalau kau betul ikhlas nak ada dengan kami.
Tegas Azlan, dia bakal menceritakan hal yang sebenar apabila sudah tiba waktunya.
Sumber: TikTok @Azlankomeng
The post [VIDEO] Azlan Komeng Hilang Sabar, Beri Amaran Keras Kepada Bakal Isteri Kedua? – ‘Aku Dah Kata, Jangan Kau Usik Nilam’ first appeared on OHBULAN!.