Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35329

Zehra Zambri & Suami Sudah Beri Keterangan Di IPD Kajang Kes Keganasan Rumah Tangga

$
0
0

Suami kepada penyanyi, Zehra Zambri memaklumkan kertas siasatan berhubung kes keganasan rumah tangga membabitkan mereka telah dibuka semula.

Artikel Berkaitan: Suami Zehra Zambri Enggan Lafaz Cerai Bersebab, Masih Tinggal Serumah Sebagai Ibu Bapa – ‘Tanyalah Dia Anak Tidur Dengan Siapa?’

Artikel Berkaitan: Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali Sepanjang Perkahwinan – ‘Paling Latest Masa Separuh Akhir GV11’

Keganasan rumah tangga

Menurut Iqwan, 43, kertas siasatan itu dibuka kembali susulan pendedahan yang dibuatnya, baru-baru ini.

Katanya, mereka hadir memberi keterangan pada 14 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang susulan laporan yang dibuatnya pada 25 Januari.

Selepas saya buat pendedahan telah dipukul sebelum ini, kes dibuka semula. Siasatan telah dilakukan, saya dan Zehra sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Kami berdua diminta beri keterangan di IPD Kajang pada 14 April lalu. Polis juga ada datang ke lokasi dan ambil beberapa gambar sebagai bukti.

Iqwan ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi selepas prosiding pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP), pada Rabu.

Terdahulu, Iqwan mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan telah dipukul oleh Zehra sebanyak empat kali sepanjang perkahwinan.

Bagaimanapun kes tersebut ditutup apabila dia bersetuju untuk menyelesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 11 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

The post Zehra Zambri & Suami Sudah Beri Keterangan Di IPD Kajang Kes Keganasan Rumah Tangga first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35329