Penyanyi, Zehra Zambri menasihati suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin supaya berhenti mencanang cerita dan membuka pekung kisah rumah tangga mereka kepada umum.
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri & Suami Sudah Beri Keterangan Di IPD Kajang Kes Keganasan Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Enggan Penuhi Permintaan Suami Minta Gugurkan Empat Tuntutan Cerai – ‘Kalau Saya Ikut Ibarat Kemenangan Untuk Dia’
Buka pekung
Zehra, 38, berkata, tindakan Iqwan telah mengundang pelbagai fitnah terhadap dirinya sekali gus memberikan kesan tidak baik kepada anak tunggal mereka, Zahiyah Iqleela.
Dia sudah mengeluarkan pelbagai kenyataan di media sosial yang mengaibkan saya. Tapi saya akan simpan segala aib dia selagi boleh. Dalam mahkamah adalah tempat sepatutnya.
Saya masih lagi seorang isteri, saya kenang segala kebaikan dia. Namun jika pada dia melihat saya sebagai musuh pada ketika ini, saya reda.
Sepanjang tiga tahun saya hidup dengan dia, hanya saya yang tahu sisi baik buruknya. Saya ada anak kecil, nanti esok lusa anak dah besar akan lihat kenyataan fitnah dikeluarkan oleh bapa dia sendiri.
Zehra berkata demikian sejurus prosiding pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, pada Rabu.
Pun begitu, wakil JKP mewakili Iqwan tidak dapat hadirkan diri disebabkan mempunyai urusan kecemasan. Susulan itu, mahkamah menetapkan 14 Mei sebagai tarikh baharu untuk Iqwan melantik wakil JKP.
Tohmahan netizen
Dalam pada itu, Zehra mengakui terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan netizen terhadapnya.
Saya amat terkesan dengan cacian serta makian yang dilemparkan oleh netizen. Anda tak tahu bagaimana kehidupan saya bersama dia.
Cukuplah jadikan musibah ini sebagai mainan kalian. Saya mohon ada sedikit
empati dan simpati.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 11 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
The post Zehra Zambri Nasihat Suami Berhenti Canang Cerita Rumah Tangga – ‘Nanti Anak Besar Lihat Fitnah Dibuat Bapa Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.