Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35320

Fasha Sandha Diundang Ke Resepsi Perkahwinan Luna Maya Di Bali –‘Gembira Jumpa My Soulmate’

$
0
0

Pelakon, Fasha Sandha telah diundang menghadiri majlis resepsi perkahwinan aktres terkenal Indonesia, Luna Maya yang berlangsung di Bali, Indonesia, pada Rabu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jarak Usia 10 Tahun Bukan Penghalang, Luna Maya & Maxime Bouttier Kini Sah Suami Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walaupun Saya Peluk Dia Seperti Adik Sendiri & Berlapik, Perbuatan Itu Tetap Silap’ – Fasha Sandha

‘Majlis yang cantik’

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 41, mengucapkan terima kasih kepada Luna kerana sudi mengundangnya di hari bahagia aktres itu.

Saya sangat gembira dapat jumpa my soulmate, Luna sayang.

Terima kasih berkongsi hari bahagia dengan kami semua.

Sebuah majlis perkahwinan yang sangat cantik.

Fasha dilihat mengenakan baju kebaya berona unggu yang dipadankan dengan kain batik.

Isteri kepada aktor Aidil Aziz itu juga memuat naik beberapa foto momen di majlis tersebut.

Selain Fasha, turut hadir adalah penyanyi, Nabila Razali yang dilihat anggun menyarung busana berwarna hitam.

Pada Rabu, Luna, 41, selamat bernikah dengan aktor, Maxime Bouttier selepas hampir tiga tahun menyulam cinta.

Pelakon filem Suzana itu menerima mas kahwin 7.5 gram logam mulia dan 2,025 Dolar Amerika Syarikat (AS$2025) bersamaan RM8,600 yang dibayar secara tunai.

Sumber: Instagram

The post Fasha Sandha Diundang Ke Resepsi Perkahwinan Luna Maya Di Bali – ‘Gembira Jumpa My Soulmate’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35320