Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247

Musuh Lama, Permainan Baru! Saksikan Treler Rasmi Pertama Ejen Ali The Movie 2: Sekarang

$
0
0

Ejen Ali 2

Paling ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Setelah sekian lama, Ejen Ali The Movie 2 kini kembali dengan aksi lebih mendebarkan!

Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Dikuasakan Oleh TNB, Memacu Tenaga Baharu Bersama Teaser Unggul & Kolaborasi Eksklusif

Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Bakal Terjah Pawagam Tahun Depan! Tayangan Trailer Khas Kini Boleh Ditonton

Treler rasmi!

Ejen Ali 2

Treler rasmi pertama filem ini telah dilancarkan dan menyajikan momen-momen epik penuh drama serta pergelutan yang bakal dihadapi Ali dalam misinya untuk menguasai Satria.

Dalam filem kali ini, Ali diberi tanggungjawab besar untuk mengendalikan Projek SATRIA, dengan objektif untuk melahirkan generasi baru ejen MATA yang mampu menggabungkan skil kesemua empat Teras MATA; Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.

Satria merupakan sut berperisai dinamik yang dilengkapi data corak pertempuran ejen-ejen terhebat MATA serta boleh berubah suai menggunakan teknologi ferrofluid untuk membentuk senjata khas mengikut keperluan misi.

Sut teknologi canggih berasaskan AI ini dicipta khusus untuk mengoptimumkan keupayaan fizikal dan mental ejen-ejen MATA dalam operasi sulit.

Ali dan Satria beraksi

Ejen Ali 2

Sementara itu, filem ini juga bakal mengupas detik penting dalam karier Alicia sebagai seorang ejen MATA, yang dibesarkan dan dilatih sebagai ejen perisik sejak usia muda oleh General Rama.

Lanjutan menjuarai MATA Arena dalam Musim 3 siri Ejen Ali, Alicia diberi peranan baru sebagai pemakai IRIS selepas Ali.

Melihat kepada sejarah Ali dan Alicia sebagai ahli sepasukan yang kerap bersaing semasa melaksanakan misi, adakah pertukaran tangan IRIS ini mungkin akan menguji dinamik persahabatan antara mereka berdua?

Alicia dan IRIS beraksi

Ejen Ali 2

Konflik memuncak dalam Ejen Ali The Movie 2 apabila Neonimus, seorang penggodam misteri, muncul semula untuk menggugat kestabilan bandar Cyberaya.

Agenda Neonimus kelihatan seperti serangan peribadi terhadap Ali, namun identiti dan motif sebenar Neonimus masih samar. Siapa sebenar dalang di sebalik ancaman baru kali ini?

Mesej ancaman Neonimus

Ejen Ali 2

Muncul pula Rizwan yang kini berganding bersama Dos dan Trez, watak-watak antagonis yang dahulunya pengikut setia Uno.

Adakah Rizwan yang selama ini menyokong Ali dari jauh kini pula berpaling tadah untuk menjatuhkan MATA demi dendam lama?

Plot penuh teka-teki ini pasti bakal memberikan kejutan kepada peminat setia siri Ejen Ali dan menjanjikan pelbagai persoalan tentang siapa sebenarnya yang boleh Ali dipercayai.

Pertemuan rahsia Rizwan

Ejen Ali 2

Selain itu, MATA juga berada di bawah pimpinan Ketua Teras baru setelah pengganti Ejen Djin dan Ejen Zain dilantik.

Ejen Elle (Inviso) dan Ejen Amir (Neuro) kini memimpin organisasi rahsia MATA bersama Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat), dan membawa pendekatan dan strategi baru untuk mempertahankan Cyberaya.

Adakah barisan pemimpin MATA baru ini bakal sehaluan untuk menangani permainan Neonimus?

Mesyuarat ketua teras

Ejen Ali 2

Untuk merasai sendiri debaran dan aksi yang bakal ditampilkan, jangan lepaskan peluang menyaksikan treler rasmi pertama Ejen Ali The Movie 2 di saluran YouTube Ejen Ali dan semua platform digital! Saksikan sekarang dan rasai sendiri ketegangan yang menanti!

Jangan ketinggalan intel terkini tentang filem ini, ikuti kami di Instagram @primeworksstudios.film dan @ejen_ali untuk maklumat lanjut serta kandungan eksklusif belakang tabir tentang Ejen Ali The Movie 2.

The post Musuh Lama, Permainan Baru! Saksikan Treler Rasmi Pertama Ejen Ali The Movie 2: Sekarang first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247