Pelakon dan pengacara, Janna Nick menerima kritikan daripada warganet berikutan soalan yang diaju kepada aktor, Fattah Amin dikatakan kurang sesuai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Sedang Tunggu Hari Bahagia? Pengurus Minta Peminat Berdoa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Bawa Telekung ‘Instant’ Dalam Beg Buat Netizen Kagum – ‘Jangan Menilai Dari Luaran’
Soalan Janna
View on Threads
Menerusi sebuah podcast, Janna yang bertindak sebagai hos bertanya kepada Fattah tentang perasaan seorang lelaki yang bergelar duda selepas kegagalan rumah tangga.
Lelaki bila sudah berpisah apa yang dia rasa? Dia rasa happy, terlepas dari beban..dia rasa macam tak payah nak hadap perempuan gila ni ke?
Contoh, bukan bekas isteri kau. Aku cakap situasi lelaki, awak semua jangan salah.
Situasi seorang lelaki yang rumah tangganya kecundang dan mereka bergelar seorang duda. Macam mana rasanya menjadi duda?
Respon netizen
Di laman Threads, rata-rata warganet meluahkan perasaan kurang senang terhadap soalan Janna yang disifatkan keterlaluan berikutan dia juga adalah seorang isteri.
Walau bagaimanapun, warganet tetap memuji respon Fattah yang kelihatan tenang untuk menjawab soalan tersebut.
Sekadar info, Fattah dan aktres, Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Janna Nick Dikecam Aju Soalan Tak Sensitif Pada Fattah Amin – ‘Awak Pun Perempuan, Jaga Bahasa’ first appeared on OHBULAN!.