Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35266

Aliff Syukri Serik Nak Bagi Orang Pinjam Duit, Sedang Tuntut Hak Berjumlah RM50 Juta Daripada Pemiutang

$
0
0

Serik ditipu, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri enggan lagi meminjamkan duit kepada mana-mana individu selepas ini.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji ‘Humble’, Tunai Janji Belikan Anak Telefon Di Usia 13 Tahun – ‘Dia Beli Bukan Yang Latest Punya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Dua Jam ‘Live’ Dapat RM100K – ‘Tak Sama Dengan Gaji Lain’

Taubat bagi pinjam duit

Aliff atau nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, semua pemiutang yang meminjam wang daripadanya sehingga kini masih tidak melunaskan hutang mereka.

Saya ada kawan-kawan yang nampak kaya raya tetapi hakikatnya suka pinjam duit dan tidak bayar. Hujung-hujung saya yang kena mengemis.

Saya sudah bertaubat, siapa pun nak jumpa saya baik menteri, Datuk Seri, mak cik, pak cik, saya sudah tidak percaya.

Sebab banyak kali dah saya kena tipu. Biarlah saya susah senang dengan isteri dan keluarga sahaja.

Ibaratnya saya bagi pinjam kepada 50 orang, kesemua 50 orang itu tak bayar semula duit saya. Bila saya viralkan, orang kata saya berniat jahat.

Aliff berkata demikian ketika ditemui di majlis makan malam bersama media yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara, baru-baru ini.

RM50 juta

Berkongsi lanjut, Aliff memberitahu, dia sudah pun melantik peguam dan kes dibawa ke mahkamah bagi menuntut semula haknya.

Menurutnya lagi, hampir RM50 juta jumlah keselurahan wang yang pernah diberi pinjam yang mana pemiutang datang dari pelbagai latar belakang.

Sekarang ini saya sedang perjuangkan hak dan dapatkan kembali hak saya, jumlah semuanya lebih kurang RM50 juta.

Orang luar hanya tahu permukaan sahaja, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Melibatkan mahkamah dan peguam. Jadi saya tidak boleh melebih-lebih beri kenyataan.

The post Aliff Syukri Serik Nak Bagi Orang Pinjam Duit, Sedang Tuntut Hak Berjumlah RM50 Juta Daripada Pemiutang first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35266