Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35291

Aziz Harun ‘Move For Good’, Dah Dua Tahun Pindah Malaysia – ‘Kalau Di Sini Lebih Mudah Nak Bekerja’

$
0
0

Penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun mendedahkan sudah dua tahun dirinya berpindah dan menetap di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Aziz Harun Sekali Lagi Jadi Mangsa Berita Palsu, Nafi Dipenjara – ‘Selamatkan Ibu Ayah Saya Daripada Ketakutan’

Nak mudahkan urusan karier

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aziz Harun // ????? (@azizharun212)

Ketika ditemui OhBulan!, Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz Harun berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu memudahkan segala urusan berkaitan dengan perjalanan seninya di Malaysia.

Kalau di Brunei, agak sukar untuk saya bekerja sebab semua urusan membabitkan saya di Malaysia perlu dibuat melalui ‘zoom meeting’ atau panggilan video di WhatsApp.

Jadi bila berpindah, saya rasa lebih mudah untuk saya berurusan dan boleh bersemuka terus dengan pihak media dan juga rakan industri.

Aziz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media ‘Latihan Pestapora’ yang diadakan di The Campus, Ampang, pada Rabu.

Keputusan tepat

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Senyum’ itu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada perjalanan seninya sepanjang di Malaysia.

Tambah Aziz, dia beranggapan keputusannya untuk menetap di Malaysia sebagai satu keputusan yang tepat.

Alhamdulillah, sejak habis belajar dan mendapatkan VISA untuk dapat menetap di sini sepenuhnya, saya boleh fokus dalam kerja studio dan semakin aktif berkarya.

Saya rasa semuanya berjalan dengan baik, momentum itu semakin terasa sekali gus menunjukkan penghijrahan ke sini keputusan terbaik.

Kalau rindu rumah pun, penerbangan ke Brunei cuma dua jam lebih.

Keluarga saya juga kerap bercuti di Kuala Lumpur, jadi saya tidak rasa terlalu jauh dari mereka.

Untuk perkembangan terbaharu, Aziz bakal membuat persembahan di festival Latihan Pestapora Malaysia yang akan berlangsung pada 26 Julai ini bertempat di Sunway Lagoon.

Selain Aziz, antara selebriti terkenal yang bakal memeriahkan festival tersebut termasuklah Bunkface, Dolla, Kunto Aji, Pamungkas dan ramai lagi.

The post Aziz Harun ‘Move For Good’, Dah Dua Tahun Pindah Malaysia – ‘Kalau Di Sini Lebih Mudah Nak Bekerja’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35291