Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida dedah pernah tangkap pembantu rumah dan tukang kebun melakukan perkara yang memalukan di dalam rumahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Pernah Terfikir Gugur Kandungan, Tersentak Selepas Dinasihati Doktor – ‘Rezeki Anak Tak Nak, Tapi Duit Dikejar-Kejar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Aliff Mula Berniaga Dari Bawah, Pernah Guna Surat Khabar Ganti Langsir– ‘Dia Tak Balik Rumah Selagi Tiada Hasil’
‘Saya tumbuk lelaki itu’
Pendedahan itu dibuat oleh pemilik nama Nur Shahida Mohd. Rashid dalam satu siaran langsung di TikTok.
Menerusi rekod skrin yang dimuat naik di TikTok, Shahida berkata walaupun dia nampak seperti seorang yang lemah lembut namun perkara itu mampu membuatkannya marah.
Saya punya marah sampai saya tumbuk lelaki itu. Saya ni gengster tau.
Paling pantang orang buat perkara tidak senonoh di rumah saya.
Menceritakan kembali, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata mereka melakukan hubungan intim itu di ruangan basement.
Perkara itu terbongkar selepas salah seorang daripada mereka ditangkap mencuri.
Saya dapat tahu sebab salah seorang itu ditangkap mencuri dan satu penipuan itu membuka kepada penipuan yang lain.
Mereka berdua bukan suami dan isteri.
Ketika ditanya mengenai aib, Shahida menegaskan kisah itu diceritakan kembali kerana mahu memberi pengajaran terutamanya mereka yang mempunyai pembantu rumah.
Ini bukan aib, saya tidak sebut nama dan ini merupakan pengajaran.
Siapa yang ada pembantu rumah kena ambil perhatian terutamanya kalau ada tukang kebun dan pembantu rumah. Perkara ini akan jadi, tidak mustahil.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Shahida Dedah Pembantu Rumah & Tukang Kebun Buat ‘Projek’ Di Rumah – ‘Ini Bukan Aib’ first appeared on OHBULAN!.