Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36853

Shukri Yahaya Kongsi Ragam Pengarah, Pernah Disidai Lapan Jam Di Set Penggambaran

$
0
0

Pelakon Shukri Yahaya berkongsi pengalaman bekerja dengan pengarah yang tidak mengamalkan kepentingan masa sehingga membiarkannya di set penggambaran selama lapan jam tanpa arah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shukri Yahaya Mahu Tonjol Kelainan, Lakon Babak Buka Baju Demi Jiwai Watak – ‘Saya Harap Penonton Terima’

Artikel Berkaitan: Shukri Yahya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Bakal Lancar ‘Bru Coffee Shop’ Di APW Bangsar?

Kena sidai 8 jam di set pengambaran

Ketika ditemui OhBulan!,  Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya berkata, keadaan sebegitu membuatkan dirinya rasa kurang senang untuk bekerjasama lagi di masa hadapan.

Tambah Shukri, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan set penggambaran.

Saya pernah bekerja dengan pengarah yang dia sendiri tidak tahu apa dia nak.

Saya kena sidai lapan jam, datang pagi tapi bila malam baru mula shooting. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi.

Saya tidak lah marah, kalau terlalu lama dibiarkan, saya akan tanya dulu kemudian baru lah saya tinggalkan set.

Dengan senang hati, saya pangkah mungkin dua tiga tahun untuk bekerjasama semula dengan dia.

Shukri berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Tonton Original: Bru di Bangsar, pada Selasa.

Drama siri arahan Nik Amir Mustapha ini  dibintangi oleh tiga pelakon ternama tanah air, Shukri Yahaya, Amerul Affendi dan Siti Hariesa.

Saksikan drama bersiri Tonton Original: Bru, yang telah pun mula bersiaran di Tonton sejak 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk info lanjut tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter.

The post Shukri Yahaya Kongsi Ragam Pengarah, Pernah Disidai Lapan Jam Di Set Penggambaran first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36853

Trending Articles