Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35543

Nak Angkat Semula Kegemilangan Industri Rock, Awie & KidDin Bergabung Dalam Konsert Jelajah Rockology 2025

$
0
0

Dua lagenda rock tanah air iaitu Datuk Awie dan Search KidDin bakal menggegarkan pentas rock melalui Konsert Jelajah Rockology 2025.

Artikel Berkaitan: Wings Akan Buat Persembahan Dalam Penjara, Awie Mahu Nyanyi Depan Banduan – ‘Ini Projek CSR Sempena 40 Tahun Wings Dalam Industri’

Nak angkat semua kegemilangan indsutri rock

Menampilkan dua nama besar, Awie memaklumkan menerima pelawaan untuk berada di atas satu pentas bersama Search KidDin atas faktor misi penganjur yang mahu mengangkat semula kegemilangan muzik rock tanah air.

Bercerita lanjut, Awie memaklumkan bahawa sebahagian besar dana keuntungan konsert ini akan digunakan bagi urusan Konsert Wings Dalam Penjara yang bakal dianjurkan tidak lama lagi.

Saya terima pelawaan untuk terlibat dalam Rockology Concert Tour 2025 kerana saya percaya pada misi dan semangat di sebalik jelajah ini.

Ia bukan sekadar konsert biasa, malah ini adalah satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock tanah air.

Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program CSR kami yang seterusnya, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara, sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan.

Ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar.

Konsert jelajah ini merupakan anjuran RPM Group of Companies yang menggabungkan tiga entiti iaitu Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd., RPM Events Sdn. Bhd. dan RPM Labels Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah, Datuk Eddy Amir Salim, dia berharap agar gabungan Awie bersama Kid dan Din yang mewakili legasi kumpulan Search akan memberi sentuhan nostalgia serta adrenalin terhadap konsert ini.

Kid dan Din yang merupakan anggota asal Search membawa elemen klasik dan tenaga yang membangkitkan semangat zaman 1980-an dan 1990-an, tempoh di mana muzik rock mencapai puncaknya di Malaysia.

Gabungan kedua-dua ikon rock ini di pentas Rockology dijangka mencipta satu pengalaman yang penuh dengan tenaga dan emosi apabila peminat dari pelbagai generasi dapat menikmati lagu hits yang mengiringi kehidupan ramai.

Konsert Rockology

Sekadar info, Konsert Jelajah Rockology 2025 ini bakal diadakan secara langsung di dua lokasi iaitu Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun dan Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 5 Julai.

Jelajah ini dijangka bakal menarik kehadiran kira-kira 15,000 peminat muzik rock dari seluruh Malaysia serta Singapura.

Buat anda yang tidak mahu melepaskan peluang, anda boleh membuat pembelian tiket yang dijual dengan harga bermula RM98 menerusi laman web https://rpm.ubertickets.asia/.

The post Nak Angkat Semula Kegemilangan Industri Rock, Awie & KidDin Bergabung Dalam Konsert Jelajah Rockology 2025 first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35543

Trending Articles