Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35543

[VIDEO] Erma Fatima Dedah Dapat Tentangan Keluarga, Berhenti Belajar ‘Law’ Kerana Dapat Banyak Tawaran Berlakon

$
0
0

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima mendedahkan pernah mendapat tentangan hebat daripada keluarga besarnya sewaktu memilih untuk bergelar pelakon.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erma Fatima Dedah Pernah Dilempar Skrip Oleh Ogy Ahmad Daud – ‘Terketar-Ketar Saya Hafal’

Dapat banyak ‘offer’

@legasipodcastOMG.. sampai macamtu sekali eh persepsi orang! Mesti tonton dalam Episod 30 Legasi; Sembang, Sambung! Tonton Episod baru minggu ini bersama Adlin Aman Ramlie & Dato Khairul Anwar Salleh di Youtube Legasi Podcast. #LegasiPodcast #FYP #ErmaFatima #Walid #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy? original sound – Legasi Podcast

Menerusi sesi ‘Legasi Podcast’ yang dikendalikan Adlin Aman Ramli dan Datuk Khairul Anwar Salleh, Erma berkata, keputusan itu diambil selepas dirinya mendapat banyak tawaran berlakon ketika melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

Selepas saya berlakon dalam filem Rozana Cinta 1987, saya dapat banyak sangat tawaran berlakon.

Waktu itu pula saya sedang belajar, saya ambil jurusan undang-undang dan mak saya pula nak saya jadi sama ada peguam atau doktor.

Masa belajar terus terasa macam susah nak bahagikan masa sebab bila kita berlakon akan habis lambat dan sebagainya.

Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti belajar.

Keluarga besar tak terima

Walau bagaimanapun, keputusan itu dicanggah keluarga besarnya sehinggakan ibunya didakwa telah membenarkannya berada di dalam ‘kancah pelacuran’.

Keputusan yang saya buat itu tinggalkan impak yang sangat besar dalam diri saya.

Bukan mak ayah saya tetapi keluarga besar saya tak boleh terima.

Mereka mengatakan bahawa mak saya telah membawa saya ke dalam satu kancah pelacuran.

Saya ini pula seorang yang kalau saya nak sesuatu, saya nak juga.

Sungguh pun begitu, Erma kemudian membuktikan bahawa bakatnya dalam bidang lakonan dan menggunakan wang hasil titik peluh untuk menyara perbelanjaan adik-adiknya.

Saya tahu dengan menjadi pelakon saya akan dapat duit banyak sebab lepas satu filem, satu filem.

Kalau saya jadi peguam, berapa tahun lagi nak ada duit?

Jadi, bila saya jadi pelakon, saya jaga adik-adik saya.

Saya pesan pada mak untuk tidak mengeluarkan lagi belanja kepada adik-adik sebab saya nak tanggung.

Sumber: TikTok, YouTube Legasi Podcast

The post [VIDEO] Erma Fatima Dedah Dapat Tentangan Keluarga, Berhenti Belajar ‘Law’ Kerana Dapat Banyak Tawaran Berlakon first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35543

Trending Articles