Hantaran terbaharu pempengaruh yang dikenali sebagai DMA Islam di Instagram (IG) telah meraih perhatian dan mendatangkan amarah dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Anggap Suami Izin Isteri Bekerja Belum ‘Alpha’, Kena Simpan Impian Tambah Pendapatan – ‘Merdekakan Isteri Daripada Bekerja’
Masscomm ‘course’ bodoh?
View this post on Instagram
Masakan tidak, DMA Islam dengan beraninya mengeluarkan pendapat mengatakan beberapa pengajian seperti Komunikasi Massa sebagai bidang paling bodoh di Malaysia.
Selain Komunikasi Massa, pengajian lain yang dilabel sebagai bodoh oleh DMA Islam termasuklah pengajian teater, muzik dan seni tari tradisional.
Antara ‘course’ paling bodoh di Malaysia adalah Komunikasi Massa.
Tapi itu okay lagi, ‘course’ yang paling bodoh adalah teater, muzik dan tarian tradisional.
Kalau kau nak belajar menari, tak perlu ambil ijazah, b*doh.
Aku pun boleh menari, tengok.
Lebih menghangatkan keadaan apabila DMA Islam mendakwa pelajar yang mengambil kesemua bidang yang disebutnya itu hanya mahu bersosial dan tidak berminat untuk belajar.
Orang yang ambil teater, semua orang tahu sebab kau nak enjoy ja.
Budak-budak teater ini banyak enjoy dan banyak bersosial, bukan nak belajar sangat pun.
Kau sepatutnya tak payah buat pinjaman pelajaran dan ambil ijazah untuk buat ijazah bodoh ini.
Lebih baik kau pergi kerja, dapatkan pengalaman yang betul daripada sambung ijazah.
Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian wargamaya yang rata-ratanya tidak bersetuju dan mengecam pendapat DMA Islam.
Komen netizen
Sumber: Instagram DMA Islam
The post [VIDEO] DMA Islam Bikin Panas, Anggap Masscomm & Teater Sebagai ‘Course’ B*doh – ‘Mereka Nak Enjoy Ja’ first appeared on OHBULAN!.