Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36801

[VIDEO] Aisar Khaled Pilih Indonesia Kerana Ramai Keluarga Miskin –‘Di Malaysia, Susah Nak Cari’

$
0
0

Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled tampil menjawab tindakannya yang sering kali dilihat membantu rakyat Indonesia yang hidup susah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disentuh Tanpa Henti, Aisar Khaled Dah Mula ‘Fed Up’ Dengan Peminat Indonesia? – ‘Rimasnya Tengok’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Maaf’ – PU Syed Padam Video Teguran Terhadap Aisar Khaled

Bantu orang susah

@podcastclips.id_real Di Indonesia banyak orang susah?? #aisarkhaledd #dennysumargo #podcastclips #news ? suara asli – OPELBOSKU

Menerusi satu sesi temu bual, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel berkata, rakyat Indonesia lebih ramai yang menghadapi kesusahan dalam meneruskan kehidupan berbanding rakyat Malaysia.

Tambahnya, ini kerana jumlah penduduk di Indonesia yang menghampiri 300 juta.

Susah nak cari orang yang betul-betul susah di Malaysia.

Di Indonesia, lebih ramai orang susah kerana rakyatnya yang ramai.

Dekat Malaysia susah kita nak jumpa rumah-rumah kecil yang dibina sendiri, tapi di Indonesia banyak.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 25 tahun itu turut mengagumi cara orang Indonesia menghargai pemberiannya walaupun menerima bantuan kecil.

Fakta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberi Aisar mengenai tahap kesusahan yang dihadapi rakyat Indonesia berbanding di Malaysia.

Sumber: TikTok @podcastsclip.id_real

The post [VIDEO] Aisar Khaled Pilih Indonesia Kerana Ramai Keluarga Miskin – ‘Di Malaysia, Susah Nak Cari’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36801