Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35291

Aaron Aziz Tempelak DMA Islam Hina Jurusan Masscomm –‘Macam Lah Kau Terpaling Professor, Kepala B*na’

$
0
0

Pelakon Aaron Aziz menempelak tindakan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai DMA Islam didakwa memperlekehkan beberapa jurusan di universiti.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Label Jurusan Masscomm Sebagai B*doh, Pensyarah UiTM Anggap DMA Islam Tak Ada ‘Knowledge’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Bikin Panas, Anggap Masscomm & Teater Sebagai ‘Course’ B*doh – ‘Mereka Nak Enjoy Ja’

‘Macam lah kau Terpaling professor’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagam, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, 49, membidas kenyataan pempengaruh itu yang menyifatkan beberapa jurusan pengajian tinggi seperti Komunikasi Media (Masscom), Teater dan Muzik sebagai program ‘bodoh’ dan ‘tiada hala tuju’.

Nama guna DMA Islam. Tapi tak habis habis kutuk kutuk orang macam lah kau Terpaling professor. Buang je nama ‘Islam’ kalau kau nak buruk kan seni orang lain.

Aaron yang juga pelakon filem-filem box office seperti KL Gangster dan Ombak Rindu itu, turut menegaskan bahawa bidang seni dan komunikasi telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri hiburan negara serta membuka banyak peluang pekerjaan.

Industri Mass Communication ni lah yang naik industri filem ratusan juta. Kepala Bana.

Setakat artikel ditulis, DMA Islam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas atau permohonan maaf berhubung isu tersebut.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

The post Aaron Aziz Tempelak DMA Islam Hina Jurusan Masscomm – ‘Macam Lah Kau Terpaling Professor, Kepala B*na’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35291