Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247

Terbatal Ke Solat Makmum Jika Imam Terlupa Mandi Wajib? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

$
0
0

Permasalahan dalam solat seperti ini jarang sekali berlaku namun adalah menjadi satu keperluan untuk seorang Muslim mengetahui hukum jika menjadi makmum kepada imam yang terlupa melakukan mandi wajib ketika dirinya sedang berhadas besar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menang Ratusan Ribu Hasil Pertandingan Memancing Dikira Judi? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Terbatal ke solat makmum?

@masjidbspofficial Solat maklum tidak terbatal jika tidak tahu yang imam sedang berhadas besar. Hanya imam saja yang perlu ulang semula solat. Btw kalau tengah cari calon pasangan tu, jom ikhtiar di @TillJannah.my, Portal cari jodoh online. #carijodoh #masjidbandarseriputra #solat #solatjemaah ? original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Menerusi perkongsian kariah Masjid Bandar Seri Putera, adalah tidak batal solat sekiranya makmum tidak mengetahui kondisi imam ketika mereka sedang mendirikan solat.

Kalau imam ada buat salah tapi makmum tak tahu ataupun tak nampak, solat makmum tak batal.

Tapi, kalau makmum tahu atau nampak tetapi makmum tetap ikut solat di belakang imam, barulah solatnya terbatal.

UAI turut beri penjelasan

Sementara itu, pendakwah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus juga pernah memberikan penjelasan tentang isu ini ketika ditanyakan seorang jemaah ketika berceramah.

Perjelas Ustaz Azhar secara terperinci, hanya imam yang perlu menggantikan solat apabila tersedar dirinya terlupa mandi hadas besar.

Tak berdosa pun kalau imam terlupa mandi wajib sebab itulah manusia penuh dengan kelemahan.

Selepas beri salam tiba-tiba teringat yang tak mandi wajib lagi, jangan bagitahu kepada makmum kerana pada hukumnya solat makmum menjadi sah.

Ini kerana, kemudaratan yang dilakukan imam (terlupa mandi wajib) adalah satu kesalahan yang tak dapat dilihat.

Imam sahaja solatnya yang tidak sah maka balik saja rumah, kena mandi wajib dan ganti solat semula.

Sumber: TikTok, YouTube Ustaz Azhar Idrus

The post Terbatal Ke Solat Makmum Jika Imam Terlupa Mandi Wajib? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35247