Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35215

Ryan Bakery Terima Banyak Gambar Wanita Tidak Senonoh, Syukur Tak Mudah Tergoda –‘Saya Lihat Diri Di Cermin, Tak Lah Helok Mana’

$
0
0

Ryan Bakery

Nama semakin dikenali, pempengaruh dan pelakon, Ryan Bakery mendedahkan tidak terlepas daripada menjadi mangsa godaan wanita gersang merembeskan nafsu mereka dalam media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Contohi Ryan Bakery, Dia Tak Pernah Sentuh Orang’ – Azlee Senario

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryan Bakery Bertegas Pempengaruh Perlu Sedar Diri, Adab Nombor Satu – ‘Bukan Semua Orang Boleh Terima Jenaka Kita’

Godaan wanita

Ryan Bakery

Ryan atau nama lengkap Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, berkata, dia sering menerima gambar tidak senonoh yang dikirim oleh individu tidak dikenali di Instagram miliknya.

Wanita-wanita yang DM itu memang ada, kadang-kadang apabila saya lihat diri dalam cermin, saya ini tidak lah ‘helok’ (kacak) mana pun.

Saya sendiri tunjukkan kepada isteri saya, dia akan padam mesej-mesej tersebut. Isteri rajin ‘scroll’ semua mesej yang saya terima di bahagian ‘hidden message’.

Di bahagian itulah banyak gambar yang tidak senonoh dihantar.

Tak tergoda

Ryan Bakery

Berkongsi lanjut, Ryan berkata, dia mampu mengawal nafsunya daripada godaan tersebut dan bersyukur isteri tidak cepat melatah apabila kejadian itu berlaku.

Terletak pada diri sendiri, saya insya-Allah seorang isteri sudah cukup. Jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi faham-faham sahaja lah.

Isteri saya faham kerjaya saya dalam dunia seni. Dia pun kadang-kadang ikut saya bekerja. Jujur, saya mengaku takut apabila dapat mesej sebegitu.

Dalam pada itu, Ryan turut mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang suka menyibuk hal rumah tangganya.

Saya selalu dipesan oleh netizen jangan terlalu kongsi gambar kegembiraan dengan isteri, saya jawab salah ke kalau nak muat naik gambar keluarga.

Paling tidak seronok ada pihak yang suka menyibul hal keluarga saya, apa pun yang mana nasihat baik saya ambil.

The post Ryan Bakery Terima Banyak Gambar Wanita Tidak Senonoh, Syukur Tak Mudah Tergoda – ‘Saya Lihat Diri Di Cermin, Tak Lah Helok Mana’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35215