Pelakon jelita, Fasha Sandha mengakui gemar meluangkan masa bersama kanak-kanak kerana mereka memberikan kegembiraan dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan: ‘Kakak Kenal Suami Saya Dari Kecil, Dia Dah Anggap Macam Adik Sendiri’ – Elisya Jawab Isu Fasha Sandha Peluk Adik Ipar
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Terkilan Dipersoal Pramugari Gara-Gara Naik Kelas Ekonomi – ‘Sepanjang Melancong Tak Pernah Ditanya Sebegitu’
Tak pening dengan budak
Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGs), pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata kanak-kanak tidak membuatkannya pening tidak seperti mereka yang memiliki sikap talam dua muka.
Kata pelakon drama Khilaf Asmara itu, kasih sayang terhadap kanak-kanak itu akan kekal sampai bila-bila walaupun apabila dewasa mereka sudah melupakannya.
Ramai tanya tak pening ke selalu dengan ramai budak-budak. Budak-budak sebenarnya tidak memeningkan, mereka adalah kegembiraan saya.
Yang memeningkan adalah orang yang fake, fake friends dan drama.
Saya sayangkan mereka sampai bila-bila. Tidak kisahlah mereka bila dah besar mungkin tak ingat saya, tidak mengapa.
Yang penting apabila mereka terdetik rasa gembira di hati, itu adalah nikmat kegembiraan saya.
Fasha berkata demikian selepas sering ditanya kenapa sering meluangkan masa bersama kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.
Fasha kemudian mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Sumber: Instagram
The post Fasha Sandha Lebih Suka Luang Masa Dengan Kanak-Kanak, Pening Kepala Hadap Manusia ‘Fake’ first appeared on OHBULAN!.