Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35215

Farisha Irwayu Sah Bercerai, Ucap Selamat Pengantin Baru Kepada Bekas Suami –‘Kepada Penyondol Boleh Dah Jadi Nombor Satu’

$
0
0

Pelakon Farisha Irwayu mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya, pendakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Sah bercerai

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Farisha memberitahu bahawa perceraian itu berlaku secara ‘fast track’ di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas persetujan bersama.

Jam 11.45 pagi 13/5/2025 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi Tuan Umar.

Kami telah pun bercerai secara fast track dengan talak satu di jatuhkan ke atas saya atas persetujuan bersama. Maka bermulalah idah saya selama 3 bulan.

Menerusi hantaran yang sama, Farisha sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas suaminya seolah-olah memberi bayangan bahawa lelaki itu kini sudah berkahwin lain.

Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya, semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Kepada penyondol, boleh dah jadi nombor satu sebab awak bukan lagi kedua sekarang ni. Dah boleh daftar pernikahan kalian selepas saya habis idah.

Untuk rekod, Farisha mendirikan rumah tangga dengan Tuan Asmawi pada 2017.

Sumber: Instagram Farisha Irwayu

The post Farisha Irwayu Sah Bercerai, Ucap Selamat Pengantin Baru Kepada Bekas Suami – ‘Kepada Penyondol Boleh Dah Jadi Nombor Satu’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35215