Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37032

Atikah Suhaime Belajar Terima Kehidupan Baru Dengan Lyla Mulan – ‘Tiada Lagi Shopping Untuk Diri Sendiri & Berhibur’

$
0
0

Pelakon Atikah Suhaime akui perlu menerima kehidupannya yang baru apabila bergelar seorang ibu kepada puteri sulungnya, Lyla Mulan Teh. 

Artikel Berkaitan: ‘Dia Jenis Lurus & Ikhlas, Tak Pernah Minta Duit Daripada Saya Atau Keluarga’ – Suami Atikah Suhaime

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Sunyi Di Fasa ‘Motherhood’ – ‘Saya Yakin Semuanya Berbaloi’

Reda dengan kehidupan baru

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Nur Atikah Suhaime, 34, berkata dia meninggalkan aktiviti lama seperti tidur lewat dan berhibur. 

Tambah Atikah, kehidupan baru sebagai seorang ibu membantu dirinya menjadi lebih matang. 

Saya harus belajar menerima bahawa menjadi ibu, saya perlu mengucapkan selamat tinggal pada diri saya yang dulu. 

Tiada lagi tidur lewat, membeli-belah untuk diri sendiri dan berhibur. 

Saya harus belajar untuk menerima diri saya yang baru. Diri yang lebih baik, lebih tenang dan lebih matang. 

Dalam pada itu, Atikah memaklumkan bahawa dia masih menyesuaikan diri untuk menerima kehidupan baru sebagai seorang ibu. 

Nikmati fasa anak masih kecil

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon berusia 34 tahun itu tentang kehidupan seorang ibu. Selain itu, warganet turut menasihati Atikah agar menikmati setiap momen bersama Mulan dan hiraukan kata-kata negatif daripada orang luar.

Sumber: Instagram @therealatikahsuhaime

The post Atikah Suhaime Belajar Terima Kehidupan Baru Dengan Lyla Mulan – ‘Tiada Lagi Shopping Untuk Diri Sendiri & Berhibur’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37032

Trending Articles