Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35431

‘Banyak Spekulasi Tentang Isu Ibu Bapa Tapi Mereka Cuba Beri Yang Terbaik’ – Anak Akhil Hayy

$
0
0

Anak perempuan kepada pendakwah bebas, Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah baru-baru ini telah sah menjadi isteri kepada kekasih hatinya yang dikenali sebagai Zulhilmi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Waheeda Tegur Rakan Artis, Kurang Senang Lagu Raya Promosi Ketika Ramadan – ‘Sedih, Bulan Al-Quran Tapi Tak Dihormati’

Artikel Berkaitan: Muncul Dalam Video Dengan Bienda, Waheeda Bakal Buat ‘Comeback’ Selepas Lebih 10 Tahun Menyepi??

Doakan ibu & ayah

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Maisarah mengakui mendengar pelbagai spekulasi tentang ibu bapanya namun, sebagai anak dia tetap mendoakan kesejahteraan mereka.

Sejujurnya, ini kali pertama saya mendedahkan ibu bapa saya.

Walaupun mereka sudah tidak bersama lagi, tapi saya sebagai seorang anak tetap mendoakan ibu dan abah yang baik-baik.

Banyak spekulasi dari netizen tentang isu ibu bapa saya, saya membesar dengan kata-kata orang.

Tetapi ibu dan abah sentiasa cuba beri yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Dalam masa yang sama, anak sulung pendakwah bebas itu turut menghargai kehadiran ibu tiri dan bapa tirinya.

Tak lupa buat mama (Waheeda) dan Abah Din (bapa tiri). Saya hargai mereka yang turut hadir dalam kehidupan ibu bapa saya.

Saya sayang mereka sama seperti ibu bapa saya sendiri.

Luah rasa syukur

Dalam pada itu, Maisarah tetap meluahkan rasa syukur apabila seluruh ahli keluarga dapat hadir ketika hari bahagianya.

Masa depan adalah rahsia tuhan, apa yang jadi sudah pun diatur. Yang penting perkahwinan saya kali ini menyatukan semua keluarga saya.

Terima kasih Allah untuk anugerah ini.

Nak kekal hidup bahagia dengan suami saya dan anak saya sahaja tanpa hiraukan kata-kata orang lain.

Sekadar info, Akhil pernah berkahwin dengan Maizawati namun bercerai pada 15 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Akhil kemudian mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Waheeda.

Sumber: TikTok Sarah Mikhael

The post ‘Banyak Spekulasi Tentang Isu Ibu Bapa Tapi Mereka Cuba Beri Yang Terbaik’ – Anak Akhil Hayy first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35431

Trending Articles