Warganet hari ini dikejutkan dengan isu perceraian kali kedua pasangan usahawan Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah.
Artikel Berkaitan: Lebih 20,000 ‘Mata’ Jadi Saksi, Siti Jamumall Bercerai Talak Dua Dengan Aiman Tak Kesah Secara ‘Live’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Perjelas Hukum Selepas Netizen Pertikai Cerai Ketika Hamil – ‘Talak Tetap Jatuh, Tapi Kena Tahu Tentang Iddah’
Keadaan Siti
@sitijamumall
Menerusi hantaran terbaharu, admin akaun TikTok usahawan itu berkongsi keadaan terkini Siti Jamumall yang kelihatan sayu selepas dirinya diceraikan ketika sesi siaran langsung.
Keadaan Siti, depresi, anxiety dan perlukan sokongan.
Maaf bagi mereka yang menghubungi, Siti belum bersedia untuk jawab sebarang soalan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Siti Jamumall.
Justeru, mereka memberikan kata-kata semangat untuknya agar kuat menghadapi ujian berat itu.
Terdahulu, Siti mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok Siti Jamumall
The post [VIDEO] Siti Jamumall Alami Depresi & Anxiety Selepas Cerai Kali Kedua, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Lepaskan Sahaja Lelaki Macam Itu’ first appeared on OHBULAN!.