Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36320

[VIDEO] ‘Anak Buah Saya Kurang Kasih Sayang Daripada Bapa, Keluarga Dia Tak Sempurna’ – Sajat

$
0
0

Personaliti media sosial, Nur Sajat meluahkan rasa kesal terhadap sekumpulan guru yang didakwa memarahi anak saudaranya, Lisa.

Artikel Berkaitan: Adik Sajat Dakwa Anak Dikepung, Ditengking Empat Orang Guru Di Kantin Sekolah – ‘Apa Dosa Dia?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Dedah Alami Depresi, Tersentak Selepas Ditegur Anak – ‘Selalu Ceria Tiba-Tiba Jadi Pendiam’

Kurang kasih sayang

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata, cara guru-guru berkenaan menengking Lisa adalah tidak wajar.

Anak buah saya kata, kalau budak-budak lain dia tak marah sampai macam tu, tapi kalau Lisa teruk kena marah.

Sebagai tenaga pengajar, janganlah buat macam itu.

Menurut Sajat, Lisa juga adalah seorang kanak-kanak yang kurang kasih sayang daripada seorang bapa.

Saya tahu anak buah saya macam mana, dia kurang kasih sayang. Keluarga dia tidak sempurna, tiada ayah hanya bergantung kepada ibu sahaja.

Lisa tak pernah dapat kasih sayang daripada seorang ayah.

Bila awak buat macam tu, apa yang dia rasa? Mestilah dia akan sedih.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kecewa dengan tindakan guru-guru tersebut yang disifatkan tidak rasional terhadap emosi kanak-kanak.

Kesian dia, tak sanggup nak tengok video kalau budak kena marah sampai menangis ketakutan.

Nak marah tak apa, gunalah cara yang betul. Ini marah depan orang tengking-tengking, aku sebagai mak ini sedih tengok.

Tak sepatutnya marah macam itu, cakap la baik-baik, macam tu ke cara menegur?

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan kanak-kanak perempuan tersebut sedang menangis teresak-esak ketika ditengking oleh sekumpulan guru.

Difahamkan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil maklum tentang isu tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Anak Buah Saya Kurang Kasih Sayang Daripada Bapa, Keluarga Dia Tak Sempurna’ – Sajat first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36320

Latest Images

Trending Articles