Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36301

[VIDEO] Zaki Yamani Banyak Kali Ditinggal Kekasih, Nafi Amal Hubungan Songsang – ‘Malu Ayah Saya Nanti’ 

$
0
0

Penyanyi Zaki Yamani mengaku masih bujang dan ingin memberi fokus pada mengembangkan kariernya dalam bidang nyanyian. 

Artikel Berkaitan: ‘Ayah Tak Tahu Saya Sambung Belajar’ – Zaki Yamani Sanggup Berhabis RM40,000 Bayar Yuran Pengajian Universiti Swasta

Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Buktikan Umur 19 Boleh Beli Kereta Jenama Mewah, Mahu Anak Muda Jadikan Inspirasi – ‘Satu Pelaburan’

‘Saya straight’

Menjawab tentang kisah cinta, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, memilih untuk tidak berkongsi secara umum. 

Tegasnya, dia bukan seorang pengamal hubungan songsang hanya kerana tidak pernah mendedahkan wajah kekasih.

Saya straight. Takut nanti ada fikir saya gay pula.

Saya sembunyikan hubungan bukan sebab nak sorok orientasi.

Saya cuma tak mahu netizen salah faham. Malu ayah kalau saya amalkan hubungan songsang.

Zaki berkata demikian ketika ditemui OhBulan! pada Pelancaran Muzik Video lagu ‘Aku Ada’ kolaborasi istimewa bersama penyanyi Zaki Yamani di IOI Mall, Puchong, baru-baru ini.

Simpan kisah cinta

Berkongsi lebih lanjut, Zaki memaklumkan bahawa dia pernah dikecewakan beberapa kali oleh bekas kekasih.

Saya banyak kali putus cinta. Biasanya saya yang ditinggalkan. 

Tak semestinya orang pilih rupa saja. 

Saya anggap kontroversi cinta itu perkara biasa. Kalau digosipkan pun, saya tiada masalah. 

Kalau bercinta sekali pun, saya tidak akan kongsi dengan orang. 

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah itu mahu berdiri atas bakat sendiri tanpa melibatkan kisah peribadi.

The post [VIDEO] Zaki Yamani Banyak Kali Ditinggal Kekasih, Nafi Amal Hubungan Songsang – ‘Malu Ayah Saya Nanti’  first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36301

Latest Images

Trending Articles