Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36235

[VIDEO] Nenek Terharu Terima Ucapan Hari Lahir Daripada Fazura –‘Hari Ini Saya Pakai Tudung Dia, Nak Jalan-Jalan KL’

$
0
0

Layanan pelakon dan penyanyi, Fazura terhadap peminatnya baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Netizen Minta Tips ‘Effortless Beauty’, Fazura Ajar Sayangi Diri – ‘Jangan Terlalu Confident & Insecure Keterlaluan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

Ucapan dari Fazura

@hshahiraa

Thanks to kak @Nur Fazura 🥹 nenek so happy ❤ #fazurafans #fazuralovers

♬ original sound – Ira – Ira

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu memaklumkan bahawa neneknya yang dikenali sebagai Cik Ton, amat meminati Fazura malah memiliki pelbagai koleksi tudung dari jenama aktres itu.

Nenek saya minat sangat dekat Fazura. Kalau boleh semua collection (tudung) nak beli.

Masa hari lahir dia hari tu, nenek cakap, ‘Fazura tak de ke wish birthday nenek?’

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat membalas hantaran tersebut dengan ucapan hari lahir untuk peminatnya itu.

Happy birthday to you! Semoga sentiasa dalam lindungan, rahmat serta dalam keberkatan Allah SWT.

Semoga sihat selalu dan mendapat keredaannya. Love you!

Tindakan Fazura itu telah membuatkan wanita berkenaan berasa sangat terharu dan berterima kasih kepadanya.

Terima kasih banyak-banyak kerana beri ucapan untuk saya. Saya doakan Fazura dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

Hari ini saya pakai tudung Fazura jalan-jalan dekat Kuala Lumpur. I love you Fazura.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut senang melihat gelagat Cik Ton dan memuji sikap Fazura yang tidak jemu melayan peminatnya.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Nenek Terharu Terima Ucapan Hari Lahir Daripada Fazura – ‘Hari Ini Saya Pakai Tudung Dia, Nak Jalan-Jalan KL’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36235

Latest Images