Dah bosan asyik ulang plan sama hujung minggu? Pergi mall, makan, jalan-jalan… lepas tu tak tahu nak buat apa. Kalau korang tengah cari port best untuk lepak, try benda baru dan habiskan masa dengan cara yang fun — korang kena datang DUDUK PLAYGROUND ni!
Event yang paling happening dan akan menggegarkan Ardence Labs @ Eco Ardence selama dua hujung minggu berturut-turut. Penuh aktiviti, makanan yang sedap dan vibe yang penuh ceria. Sesuai untuk semua — tak kisah datang dengan geng, family atau solo!
Daftar awal sekarang di https://wa.link/bql3ep dan berpeluang untuk dapatkan hadiah misteri* — Siapa cepat, dia dapat – kuantiti terhad setiap hari!
1. Active Clubhouse: Main Pickleball – Sukan Viral Yang Korang Wajib Try dan Banyak Lagi Games Menarik
Pickleball ni gabungan tenis, ping pong & badminton—tengah viral kat luar negara, sekarang korang boleh try sendiri kat sini!
Tak kisah beginner ke pro, semua orang boleh join.
Bukan tu je—ada Pickleball Pop-Up, Boling Padang, duduk Toss, Padang Kroket & Ping Pong Komuniti — jom berseronok! Boleh dapat freebies* lagi tau!
Lepas tu, jangan lupa join speed meet-up session—boleh buat kawan baru sambil have fun!
Join the fun kat sini
https://linktr.ee/dudukplayground
2. duduk Experience Card – Join, Main & Surprise dengan hadiah misteri*!
Dekat DUDUK PLAYGROUND, bila korang sampai je, terus FUN!
Ambil je duduk Experience Card masa daftar—lepas tu korang boleh mula explore, kumpul cop, and unlock macam-macam rewards*.
Ni cara nak join the full duduk Experience:
Snap gambar kat retro bus, share kat IG Story & tag @DUDUKPLAYGROUND – tunjuk kat gift counter untuk tebus hadiah best*! Join 4 aktiviti fun kat Active Clubhouse, kumpul 4 cop & tebus reward menarik*! Scan QR kat kad & jawab survey ringkas untuk masuk cabutan bertuah – pemenang akan diumum lepas event, so stay tuned kat socmed! Mudah je – snap, main, isi survey & bawa balik hadiah. Kad ni kunci untuk enjoy DUDUK PLAYGROUND sepenuhnya!
Jangan Lepaskan Peluang untuk merasai duduk Hour!
Bila matahari dah mula terbenam, DUDUK PLAYGROUND baru je nak mula panas! Korang kena standby untuk duduk Hour — waktu paling happening dengan mini games yang ala ala musical chair but more fun confirm korang takkan dapat kat tempat lain, gelak spontan dan vibes penuh kejutan.
Siapa tahu, tengah syok main tu korang menang hadiah special*? So jangan balik awal, sebab waktu malam kat sini memang lain macam!
3. duduk Gaya & Kolaborasi Fesyen x Neucover- Ada fashion collabs yang penuh surprise!
Datang event, mestilah nak nampak bergaya kan? Dekat DUDUK PLAYGROUND nanti, korang boleh jumpa koleksi fesyen istimewa hasil kolaborasi dengan pereka tempatan iaitu Neucover X duduk. Semuanya eksklusif dan tak dijual kat tempat lain!
Daripada gaya streetwear sampai rekaan lokal yang ada identiti sendiri, gerenti buat korang rambang mata.
Jadi, siap-siap outfit paling on, support brand tempatan dan tunjuk gaya korang sepanjang event. Tak ada istilah outfit boring kat sini!
4. Bas Retro duduk Mobile – port gambar paling onz!
Jangan lupa singgah duduk Mobile, bas retro yang memang aesthetic habis untuk gambar onz buat posting Instagram korang! Lepas snap gambar, share di social media dan boleh tebus hadiah misteri*. Seronok kan?
5. duduk Shop & DIY Workshops – shopping barang istimewa
Shopping barang lifestyle yang unik dan handmade dari vendor tempatan. Nak lagi best? Join DIY workshop dan buat sendiri barang korang. Boleh bawa balik sebagai hiasan. Special sikit, lain dari yang lain.
6. duduk Food + Workshop – Nikmati pengalaman makanan yang luar biasa!
Ni part paling ramai suka, makanan! Banyak pilihan dari vendor lokal, makanan comfort, dessert, snek viral. Semua ada! Sambil makan, boleh join game makanan dari bengkel makanan yang khas di DUDUK PLAYGROUND sahaja. Lagi syok!
7. Vespa & iCAUR Test Ride & Test Drive — Peminat Vespa dan EV, jangan lepaskan peluang untuk merasai daya tarikan bergaya daripada jenama ini!
Nikmati pengalaman eksklusif bersama dua jenama penuh gaya — Vespa dan iCAUR di DUDUK PLAYGROUND!
Jelajah Vespa
Suka motor bergaya dan ikonik? Inilah peluang untuk merasai sendiri pengalaman menunggang Vespa. Naik sekali pun dah cukup buat korang rasa ‘vibe’ Itali yang classy dan fun!
iCAUR Showcase
Nak tahu bagaimana rupa masa depan automotif? Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan nikmati sendiri memandu kenderaan elektrik dari jenama iCAUR yang bergaya, moden dan mesra alam.
Jom singgah dan alami gabungan gaya dan teknologi — hanya di DUDUK PLAYGROUND!
8. Ada promo Grab untuk korang yang nak carpool!
Nak datang dengan geng? Carpool je! Korang boleh jimat minyak dan elak sesak. Paling best ada promo Grab dengan kod* DUDUK2255. Korang berpeluang untuk dapat diskaun sehingga RM10 off* dari 7-8 & 14-15 Jun 2025 untuk destinasi ke Jaya Grocer @ Eco Ardence.
Jom lepak dengan komuniti, meraikan kenangan dan bakat tempatan
DUDUK PLAYGROUND ni bukan sekadar event tau, tapi ia adalah sebuah tempat untuk meraikan semua orang. Dengan vibe yang ceria, makanan lokal, spot lepak best, dan crowd yang friendly. Rasa macam satu komuniti besar. Sambil chill, boleh kenal kawan-kawan baru dan boleh jugak bawak your furry friend untuk lebih happening!
Lokasi: Ardence Labs @ Eco Ardence
Tarikh: 7–8 & 14–15 Jun 2025
Masa: 4 petang – 11 malam
Masuk: PERCUMA!
Haa.. So tunggu apa lagi, kalau nak weekend korang best, penuh aktiviti dan tak membosankan. Jom, datang DUDUK PLAYGROUND!
Jangan lupa follow di Instagram, Facebook dan TikTok untuk sebarang update terbaru mereka dan pre register diri anda untuk dapatkan hadiah misteri*.
Daftar awal sekarang di https://wa.link/bql3ep dan berpeluang untuk dapatkan hadiah misteri percuma* — Siapa cepat, dia dapat – kuantiti terhad setiap hari!
Ajak geng, siap OOTD dan kita jumpa dekat sana!
Siapa cepat dia dapat! Stok terhad dan kuantiti pun limited setiap hari tau!
*Tertakluk kepada terma dan syarat *
Follow account DUDUK PLAYGROUND:
FB: https://www.facebook.com/dudukplayground
IG: https://www.instagram.com/dudukplayground/
TikTok: https://www.tiktok.com/@dudukplayground
The post Plan Hujung Minggu Korang Dekat Sini – 8 Aktiviti Seronok di DUDUK PLAYGROUND! first appeared on OHBULAN!.