Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36385
↧

Karnival Jom Heboh 2025 Kembali Bersama Ejen Ali, Buka Tirai Di KL Base Pada 30 Mei Ini!

$
0
0

Selepas bertahun memberi kegembiraan, Karnival Jom Heboh (KJH) kembali membuka tirai lokasi pertama di KL Base, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 30 Mei ini.

Artikel Berkaitan: Karnival Jom Heboh ‘Terbang’ Ke Sabah! Penutup 2024 Paling Gemilang Di Borneo

Artikel Berkaitan: Karnival Jom Heboh Ke Melaka, Tiga Hari Berkampung

Lebih meriah!

Pada tahun ini, KJH kembali dengan skala lebih besar, kandungan lebih segar, dan pengalaman yang lebih imersif.

Istimewanya pada kali ini, penganjuran di KL Base KJH mengangkat tema Ejen Ali dengan membawa personaliti yang membintangi filem Ejen Ali The Movie 2 yang kini hangat ditayangkan di pawagam.

Tidak hanya itu, KJH juga akan dimeriahkan dengan kemunculan maskot animasi popular, Ejen Ali dan Ejen Alicia.

Aktiviti menarik

Bagi memeriahkan suasana, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti bertemakan Ejen Ali seperti sesi zumba bersama maskot.

Turut disediakan ialah Ejen Ali M.A.T.A Academy yang menawarkan permainan papan khas untuk si kecil, serta pertandingan mewarna yang dibuka kepada dua kategori umur iaitu bawah 7 tahun dan bawah 12 tahun.

Di samping itu, pertandingan cosplay di Studio Tonton Drama Sangat bakal menguji kreativiti peserta dalam menghidupkan watak kegemaran mereka melalui kostum dan lakonan, dengan pelbagai hadiah menarik menanti pemenang.

Seramai 50 personaliti utama Media Prima serta artis popular drama dan segmen Tonton Media Prima akan hadir memeriahkan karnival tersebut.

Lebih menarik, orang ramai juga boleh menikmati pengalaman menaiki belon udara panas, yang menawarkan pemandangan menakjubkan dari udara, termasuk peluang untuk melihat empat menara tertinggi di Malaysia iaitu Merdeka 118, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan TRX Exchange.

Selain Kuala Lumpur, ada empat lagi lokasi penganjuran KJH 2025 iaitu Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di www.jomheboh.com.my atau di Facebook serta Instagram melalui akaun @jomhebohofficial.

The post Karnival Jom Heboh 2025 Kembali Bersama Ejen Ali, Buka Tirai Di KL Base Pada 30 Mei Ini! first appeared on OHBULAN!.

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 36385

Latest Images

Trending Articles