Pelakon Datin Atikah Suhaime, sering berkongsi aktiviti yang dilakukan dengan pengikutnya di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Mahu Terlalu Kawal Kehidupan Anak – ‘Itu Adalah Pilihan Dia’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Belum Sedia Untuk Tambah Anak – ‘Saya Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Mulan’
Aktiviti mendaki
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaimi dilihat sedang mendaki bukit seorang diri.
Seusai mendaki bukit, Atikah kemudian ke sebuah restoran untuk menikmati sarapan lalu ke salon.
Mendaki dengan saya di Bukit Kiara.
Menjengah ke ruangan komen, seorang warganet menasihati aktres berusia 34 tahun itu supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti tersebut.
Naik turun bukit ni kalau ada anak kecil kena berjaga-jaga sebab takut ada benda luar yang kita tak nampak.
Amal selawat

Menurut pelakon berasal daripada Singapura itu, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, dia tidak akan berada lama di kawasan berkenaan selain mengamalkan selawat sebagai pelindung diri.
Selalunya bila pergi mendaki, saya akan amalkan selawat. Bergerak cepat, jangan bergerak lambat kalau tak nak ada benda yang lekat.
Selepas itu pergi sarapan, sampai di rumah terus mandi. Kemudian baru boleh pegang anak.
Dalam masa yang sama, Atikah juga akan sentiasa menjaga adab semasa berada di hutan.
Saya sudah biasa mendaki, cuma jarang post. Saya tahu adab di hutan macam mana, jangan banyak cakap dan jangan ketawa kuat.
Ada banyak lagi pantang larang sebenarnya.
Sumber: TikTok Atikah Suhaime
The post Atikah Suhaime Amal Selawat & Jaga Adab Ketika ‘Hiking’ first appeared on OHBULAN!.