Personaliti media sosial, Hajar Hanif menganggap lelaki berstatus suami kerap berlaku curang kerana tiada usaha dalam sesebuah hubungan yang dibina bersama.
Artikel Berkaitan: Hajar Hanif Nak ‘Move On’, Enggan Ulas Dakwaan Suami Baru ‘Nakal’ – ‘Masing-Masing Ada Kisah Silam’
Artikel Berkaitan: ‘Kita Kenal Bertahun Pun, Ramai Juga Curang’ – Hajar Hanif
Lelaki curang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hajar atau nama lengkapnya Siti Hajar Mohd Hanif dilihat berang dengan isu curang yang berleluasa.
Menurutnya, lelaki bertindak untuk mencari wanita lain kerana bosan dengan kehidupan rumah tangga yang tiada pembaharuan.
Macam mana nak bagi lelaki yang curang ini sedar?
Kalau kau kahwin dengan sesiapa sekali pun, tapi kau tak reti nak hargai dan sentiasa rasa bosan, benda ini akan terus berulang.
Kau yang buat rumah tangga kau bosan. Tiada perancangan dating, tiada usaha untuk hadirkan spark dalam hubungan, dan tiada komunikasi.
Benda ini sama saja kalau kau dengan perempuan lain pun. Sebab kau yang membosankan.
Netizen setuju




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kaum wanita bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Hajar. Selain itu, warganet turut berharap agar kaum lelaki lebih menghargai pasangan dan meletakkan usaha untuk perbaiki sesebuah hubungan.
Sumber: TikTok @hajarhanif
The post [VIDEO] Hajar Hanif Anggap Lelaki Punca Rumah Tangga Jadi Bosan first appeared on OHBULAN!.