Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35533

Teman Sejati Nidji: Lagu Tema Yang Menyatukan Hati Ejen Ali The Movie 2

$
0
0

Mengangkat tema persahabatan sejati, salah sebuah lagu dari kumpulan popular Indonesia, Nidji dilaporkan telah menjadi salah satu runut bunyi bagi filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

Artikel Berkaitan: ‘Kami Tetap Dalam Dunia Muzik, Giring Di Dunia Dia’ – Nidji Enggan Ulas Panjang, Lebih Fokus Pada Konsert Solo Pertama 2025

Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Kembali! Kolaborasi Muzik Ikonik Dari M. Nasir, Nidji & Hael Husaini Bangkitkan Semangat Penonton

Nidji dan EATM2

Lagu tersebut menggambarkan perkembangan hubungan antara watak utama, Ali dan Alicia, daripada pesaing kepada rakan seperjuangan yang saling menghormati.

Bersempena dengan lagu tersebut, Nidji hadir ke Malaysia memberi peluang untuk peminat bertemu dengan anggota kumpulan itu di dua lokasi berbeza pada Ahad dan hari ini.

Sebelum ini pada Ahad, lokasi pertama diadakan di GSC IOI City Mall Putrajaya (west) diikuti dengan sesi ‘meet & greet’ bersama Nidji serta maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia.

Pada hari yang sama juga, Nidji menyertai sesi bertemu peminat pada jam 9 malam sebelum menonton filem bersama mereka di GSC One Utama.

Tidak ketinggalan, Nidji juga membuat penampilan khas di TGV Central i-City, Shah Alam pada hari ini menerusi lawatan ke empat dewan tayangan pada jam 12.30 tengah hari, 12.45 tengah hari, 1 petang dan 1.15 petang.

Sementara itu, sebuah program rancangan muzik juga akan dijayakan berjudul Melodi Showcase: Nidji x EATM2 Music Tour yang akan disiarkan di TV3 sepanjang bulan Jun 2025.

Program tersebut bakal menampilkan beberapa lagu-lagu hit Nidji bersempena ulang tahun ke-41 TV3.

The post Teman Sejati Nidji: Lagu Tema Yang Menyatukan Hati Ejen Ali The Movie 2 first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35533

Trending Articles