Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35646

Kolaborasi Under 18 X Klepet, Gabung Filem & Komik Tempatan

$
0
0

Buat julung kali dua kekuatan kreatif berkolaborasi iaitu antara Under 18 dengan filem aksi komedi, Klepet yang dilancarkan di di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Risau Wawa Zainal & Hayla Kena Penyakit Ain

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dilema Hayla Sibuk Dengan Kek Batik

Aeril selaku penerbit

Diterbitkan oleh Kadokawa Gempak Starz dengan kerjasama studio filem Respected Citizen, keluaran unik ini menggabungkan dunia komik dan filem Malaysia sebagai salah satu rangkaian promosi filem sekaligus mempamerkan potensi tanpa had bakat kreatif tempatan.

Kolaborasi ini lebih daripada sekadar hiburan ia adalah perayaan ekosistem kreatif Malaysia. Projek ini menghubungkan komik dan filem dengan cara yang menonjolkan penceritaan tempatan, seni visual dan persembahan mampu membuktikan kreativiti pencipta Malaysia boleh membuka sempadan serta inspirasi kepada audiens baharu.

Malah, dengan adanya strategi gabungan bakat-bakat tempatan daripada ‘dua dunia seni’ menjanjikan inovasi buat generasi pembaca dan penonton baharu.

Menurut pelakon dan usahawan Aeril Zafrel selaku penerbit filem mewakili Respected Citizen, kolaborasi ini membuktikan bahawa sinergi antara dua cabang seni antara komik dan filem mampu memperluaskan capaian kepada khalayak pelbagai lapisan umur.

Komik Under 18 x Klepet membawakan naratif eksklusif yang menjadi prekuel kepada filem, sekaligus mengembangkan semesta cerita Under 18 ke arah yang lebih dewasa dan dramatik.

Kehadiran watak-watak kegemaran seperti Fox dan Jimi dalam kisah yang penuh aksi menjadikan lebih menarik.

Selain Aeril, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kadokawa Gempak Starz, Chris Yew, pelukis komik Under 18, Zint Lu, pengarah filem Klepet, Indra Putra dan dua pelakon yang terlibat iaitu Nadhir Nasar dan Aedy Ashraf.

Di samping itu, set Under x Klepet dijual pada harga pelancaran eksklusif di PABKL iaitu RM99 sahaja. Di dalam set khas itu ,mempunyai buku komik, lanyard bertema, baju hoodie dan pelekat koleksi.  

Kisah pengembaraan jadi luar biasa

Filem Klepet mengisahkan tiga sahabat iaitu Pali, Jani dan Wadi yang menjalani pengembaraan yang berubah menjadi luar biasa apabila mereka bertemu dengan Lola, seorang wanita Ukraine yang melarikan diri daripada sindiket penipuan.

Komik ini menyajikan jalan cerita baru yang memberikan gambaran awal tentang peristiwa yang berlaku sebelum filem penuh Klepet ditayangkan. Klepet menjanjikan aksi, ketawa, dan emosi dalam nuansa baru industri perfileman.

Under 18 meneroka dimensi baru bersama Klepet, sebuah filem yang menggabungkan tiga pelakon utama terhangat di pasaran iaitu oleh Aedy Asyraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.


The post Kolaborasi Under 18 X Klepet, Gabung Filem & Komik Tempatan first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35646

Trending Articles