Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa membunuh isterinya dalam satu kejadian di di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, pada Isnin.
Suami kelar isteri

Memetik laporan Malaysia Gazette, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bertindak mengelar isterinya sehingga mati sebelum cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya (lokasi pembunuhan).
Bagaimanapun, usaha membakar rumah tersebut tidak berjaya. Namun kebakaran itu hanya sempat memusnahkan beberapa buah kenderaan yang berada di bahagian luar premis berkenaan.
Selepas kejadian itu, suspek dikatakan kembali ke rumahnya di Bukit Gambir, sebelum berjaya ditahan pihak polis sekitar jam 7 pagi Selasa.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada Rabu untuk mendapatkan permohonan reman.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib mengesahkan kejadian itu dan kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sumber: Malaysia Gazette
The post Suami Kelar Isteri Hingga M*ti, Cuba Bakar Rumah Mentua first appeared on OHBULAN!.