Pelakon Indonesia, Jefri Nichol berkongsi detik perkenalan bersama kekasihnya, Ameera Khan pada awal tahun 2021 di aplikasi X.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Buat Kejutan, Terbang Ke Kuala Lumpur Demi Pujuk Ameera Khan?
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Kongsi Wajah Anak Bersama Ameera Khan Guna ChatGPT, Netizen Suruh Kahwin Cepat – ‘Akhirnya Dia Fikir Tentang Masa Depan’
Top 10 wanita tercantik di Malaysia
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jefri memaklumkan bahawa dia melihat nama Ameera Khan yang tercalon dalam kategori 10 wanita tercantik di Malaysia.
Justeru itu, aktor kelahiran Indonesia tersebut tekad untuk mengenali Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) dengan lebih dekat.
Pada awalnya, saya lihat artikel ‘Top 10 Wanita Tercantik di Malaysia’ di aplikasi X.
Nombor satu adalah Ameera.
Daripada itu, saya stalk Instagram dia dan kami mula berbual.
Dalam 2023, baru kami bertemu.
Dan Januari 2024, kami mula bercinta.
Dalam pada itu, Jefri mendedahkan dia sering berhubung dengan Ameera menerusi pangilan telefon kerana jarak yang agak jauh untuk bertemu.
Sekadar info, hubungan Jefri dan Ameera kembali bertaut pada penghujung Mac tahun lalu.
Kini, kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial setelah mengakui serius menjalani hubungan istimewa.
Sumber: TikTok @cheesey
The post [VIDEO] Jefri Nichol Kongsi Detik Perkenalan Bersama Ameera Khan first appeared on OHBULAN!.