Suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin melihat masa ada ruang untuk mereka berdamai sekali gus menyelamatkan rumah tangga daripada berakhir.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Gembira Suami Tak Lafaz Cerai – ‘Rupa-Rupanya Dia Masih Sayang Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin
Selamatkan rumah tangga

Menurut peguam syarie mewakili Dr. Rushdi iaitu Azmi Mohd. Rais, anak guamnya kekal dengan pendirian mahu mempertahankan perkahwinan bersama Nora.
Apa yang anak guam maklumkan, dia masih sayangkan isterinya. Insya-Allah ada ruang untuk berdamai.
Nora juga mempunyai hak sama ada masih ingin meneruskan atau tidak (perceraian), tapi Rushdi masih lagi dalam usaha memujuk.
Azmi berkata demikian ketika prosiding perlantikan Jawatankuasa Pendamai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Rabu.
Walau bagaimanapun, Azmi memaklumkan Dr. Rushdi tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja.
Anak guam saya memohon maaf tidak dapat hadir hari ini kerana terlibat dalam satu seminar mewakili Universiti Malaya yang berlangsung di Brunei selama lima hari bermula semalam.
Imbas kembali, pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suami, Dr. Rushdi Ramli.
Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada hujung 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Sumber: Kosmo Online!
The post Dr. Rushdi Tak Mahu Cerai, Masih Sayangkan Nora Ariffin first appeared on OHBULAN!.