Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa dilabel seorang isteri yang taat dan patuh setiap permintaan suaminya, Opai.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Jawab Dakwaan Sudah Bersalin Anak Opai – ‘Saya Belum Bersedia Untuk Berkongsi’
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Fatin Tak Pernah Menang Sebarang Anugerah, Tapi Dia Menang Sebagai Isteri & Ibu’ – Opai
Isteri mithali
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, rakan kepada Fatin mendedahkan sisi pelantun lagu ‘Tentang Bulan’ itu yang bekerja keras dalam apa jua yang diusahakan.
Tambahnya, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berharap agar perkahwinan keduanya bersama Opai adalah yang terakhir.
Untuk rakan saya yang paling rajin, biarlah orang tahu benda yang dia (Fatin) tak nak orang tahu.
Dia adalah insan yang paling setia di dunia. Betapa dia taat dan patuh pada setiap permintaan suami.
Masa Fatin nak kahwin dengan Opai, dia ada bagitahu saya.
Dia harap agar ini perkahwinan yang terakhir. Dia ingin menjadi isteri dan ibu yang terbaik.
Dia juga nak jadi umat yang lebih baik, dia terus pakai tudung lepas kahwin tanpa paksaan.
Kekal istiqamah

Berkongsi lebih lanjut, individu yang dikenali sebagai Nabilah itu memaklumkan bahawa Fatin berusaha untuk kekal istiqamah sehingga mengorbankan minatnya dalam dunia seni.
Korang pernah dengar dia menyanyi lagi? Berlakon? Tidak kan?
Sebab saya tahu betapa sukarnya untuk Fatin berusaha kekal istiqamah.
Besar rezeki Fatin, Opai jaga sebaiknya.
Tanpa izin suami, sikit pun dia tak rasa dia kena kejar dunia.
Sampai lah suatu hari dia mintak izin baik-baik nak kembali ke dunia perniagaan. Dan Opai beri sokongan sepenuhnya.
Dalam pada itu, Nabilah menyatakan bahawa setiap keuntungan yang diraih Fatin, dia manfaatkan kepada keluarga kecilnya.
Sumber: TikTok @NabilahNazib
The post ‘Fatin Afeefa Insan Paling Setia, Taat & Patuh Pada Permintaan Suami’ first appeared on OHBULAN!.