Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36792

Lelaki Cab*l Anak Umur 10 Tahun Ketika Isteri Hamil

$
0
0

Seorang lelaki berstatus suami dan bapa ditahan polis di Indonesia selepas didakwa mencabul anak kandungnya yang berusia 10 tahun.

Cabul anak masa isteri hamil

Memetik laporan Suara Jatim, suspek yang berusia 30 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut ketika isterinya sedang berbadan dua.

Difahamkan, aksi jijik suspek pada awalnya disedari oleh nenek mangsa sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu mangsa. 

Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan semasa soal siasat, kanak-kanak tersebut mendakwa telah dicabul oleh si bapa sebanyak tiga kali. 

Namun, mangsa mengakui tidak berani untuk menceritakan perkara tersebut kepadaa nenek mahupun ibunya.

Keluarga sudah mula curiga terhadap perbuatan suspek sejak hampir satu tahun lalu.

Kejadian itu terbongkar mulai hari Ahad lepas, dan orang pertama yang mengetahui perkara tersebut ialah nenek mangsa, yang melihat sendiri kedudukan (situasi) di dalam bilik, di mana disyaki si bapa mangsa melakukan perbuatan itu.

Menurut sumber, sebelum ini kes tersebut pernah cuba diselesaikan melalui proses mediasi di pejabat desa. Namun, suspek tidak hadir. 

Oleh itu, pihak keluarga dengan sokongan pihak pentadbiran desa sepakat untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Sumber: Suara Jatim

The post Lelaki Cab*l Anak Umur 10 Tahun Ketika Isteri Hamil first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36792