Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming menitipkan nasihat kepada anak muda agar tidak mengabaikan pendidikan meskipun mempunyai minat mendalam dalam dunia penciptaan kandungan digital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Risau Dengan Budak Zaman Sekarang, Teknologi Kini Boleh Rosakkan Pelajar – ‘Bila Tengok Buku Otak Tak Fungsi’
Khairul Aming pesan

Menurut Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, dia mengakui bidang pembikinan konten mampu memberikan pulangan yang lumayan.
Namun, kemewahan itu bersifat sementara dan tidak mampu menjamin kestabilan atau masa depan seseorang untuk jangka masa panjang.
Benda ini betul. Kalau bergantung pada ‘paid review’ boleh ‘survive’hidup’ untuk jangka masa pendek saja (kurang dari lima tahun dan sebenarnya ramai yang bertahan kurang daripada tiga tahun).
Semuanya bergantung kepada ‘engagement’ dan berapa relevan anda dalam pasaran. Semakin hari, semakin ramai pempengaruh dan semakin susah untuk bersaing dan semakin susah untuk kekal relevan.
Bila persaingan semakin tinggi, orang akan mula tawarkan harga rendah kepada pempengaruh untuk bersaing.
Sebab itu industri ini nampak mewah tetapi tak kekal lama kalau tak jaga ‘personal branding’ dan tak aturkan kewangan kepada berniaga dan lain-lain.
Khairul berkongsi perkara tersebut menerusi satu ciapan di aplikasi X menyuarakan persetujuan terhadap komen yang ditulis pempengaruh terkenal, Dr. Malar.
Perkongsian itu turut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat dua pempengaruh itu.
Mereka turut berterima kasih kepada Khairul kerana begitu mementingkan aspek pendidikan dalam diri anak muda.
Ciapan Khairul Aming

Sumber: X Khairul Aming
The post Khairul Aming Nasihat Anak Muda Utamakan Pendidikan first appeared on OHBULAN!.