Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35641

#SisBoleh & GrabBenefits: Inisiatif Hebat Untuk Rakan Wanita Grab

$
0
0

Rakan Wanita Grab Kini Lebih Celik Kewangan! Ini Peranan Aisya Rahman Dalam Inisiatif #SisBoleh & GrabBenefits

Dalam dunia ekonomi gig yang sentiasa berubah dan mencabar, literasi kewangan menjadi satu keperluan yang tak boleh diabaikan. Menyedari hakikat ini, Grab tampil dengan beberapa inisiatif hebat yang bukan sahaja menyokong pendapatan harian, tetapi juga memberi panduan jangka panjang buat para Rakan Grab, terutamanya wanita.

Antara individu yang memainkan peranan besar dalam menyampaikan ilmu dan kesedaran kewangan ini adalah Aisya Rahman, pengasas kepada Aisya Rahman Advisory (ARA).

#SisBoleh: Sokongan Khas Untuk Rakan Wanita Grab

Program #SisBoleh merupakan satu inisiatif yang diwujudkan khusus untuk Rakan Wanita Grab, iaitu rakan pemandu dan penghantar wanita. Ramai daripada mereka adalah ibu tunggal yang menjadi tulang belakang keluarga, jadi pengurusan kewangan yang teratur sangatlah penting.

Dengan kerjasama strategik bersama Aisya Rahman, inisiatif ini berjaya memberikan impak positif seperti:

  • Rakan Wanita Grab lebih bijak menyusun jadual kerja untuk maksimumkan pendapatan
  • Mereka faham kos sebenar yang terlibat sebagai rakan Grab
  • Mula merancang persaraan dan simpanan jangka panjang
  • Sedar kepentingan pengurusan kewangan secara menyeluruh

Inisiatif ini bukan sahaja membuka mata, malah membuka peluang untuk para wanita berdikari dan mengukuhkan ekonomi keluarga mereka.

GrabBenefits: Lebih Daripada Sekadar Faedah

Selain #SisBoleh, Grab turut menyediakan satu ekosistem manfaat menyeluruh untuk rakan-pemandu dan penghantar Grab yang dikenali sebagai GrabBenefits. Ia merangkumi pelbagai aspek penting dalam kehidupan seorang pekerja gig, termasuklah:

  • Perlindungan insurans, takaful & keselamatan sosial
  • Tawaran harian istimewa
  • Modul pembelajaran di Akademi
  • Penyelesaian kewangan untuk pekerja gig
  • Sokongan komuniti

Aisya turut memainkan peranan penting dalam segmen Akademi, melalui penghasilan 5 episod video literasi kewangan yang praktikal dan mudah difahami. Topik yang dikupas termasuk cara tingkatkan pendapatan melalui Grab, teknik simpanan yang efektif, strategi pengurusan hutang, aliran tunai dan bajet serta pentingnya perlindungan insurans dan sosial

Melalui pendekatan ini, ramai Rakan Wanita Grab, terutama ibu tunggal, kini lebih yakin untuk mengurus kewangan sendiri dan berusaha keluar dari belenggu kewangan jangka pendek.

Apa Langkah Seterusnya?

Inisiatif kewangan ini tak berhenti di sini. Menurut Aisya, perjalanan ini baru bermula.

“Kewangan bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan kewangan. Dan untuk menguasainya, kita perlu bermula dengan pengurusan kewangan” jelas Aisya.

Untuk mereka yang mahu tahu lebih lanjut tentang program dan faedah yang disediakan oleh Grab untuk para Rakan Grab, korang boleh terus layari portal rasmi Grab di SINI dan mulakan langkah pertama ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah.

The post #SisBoleh & GrabBenefits: Inisiatif Hebat Untuk Rakan Wanita Grab first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35641

Trending Articles