Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

‘Eda Ezrin Semakin Kurus, Selalu Merintih’– Bapa

$
0
0

Bapa kepada penyanyi dikir barat, Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf berkongsi keadaan anaknya yang kini berdepan dengan lanjutan penahanan di Penjara Wilayah Narathiwat.

Artikel Berkaitan: Jaa Suzuran Harap Kes Abang & Eda Ezrin Segera Selesai, Tak Sabar Terima Khabar Gembira – ‘Raya Keluarga Pergi Melawat, Mereka Sihat’

Artikel Berkaitan: Eda Ezrin & Den Manjo Martabatkan Lagu Dialek Kelantan, ‘Cinta Setandan Pisang’ FYP Di TikTok!

Eda makin kurus

Memetik laporan Harian Metro, Wan Ismail memaklumkan keadaan Eda semakin kurus dan sering merintih mengenai hukumannya di sana.

Sedih apabila mendengar cerita daripada ibu dia. Bekas isteri saya juga memaklumkan badan Eda semakin susut, mungkin kerana sudah lebih tujuh bulan di penjara dan sering memikirkan nasib yang menimpa dirinya selain merindukan keluarga.

Dia juga sering bertanyakan kepada kami bila dia akan dibebaskan.

Saya sendiri tidak sanggup untuk bertemu anak saya di penjara kerana terlalu sedih memikirkan apa yang berlaku.

Disebabkan itu hanya bekas isteri yang berjumpa setiap minggu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada saya.

Dah jangka Eda akan berdepan lanjutan

Mengulas lanjut, Wan Ismail memaklumkan dia sudah menjangka mengenai penahanan lanjutan mengenai anak sulungnya itu.

Macam-macam dalam fikiran saya bila mengetahui penahanan Eda sekali lagi dilanjutkan sehingga bulan depan.

Selepas bulan depan, kami juga tidak tahu apa nasib Eda kerana dimaklumkan kes itu boleh dirujuk ke Mahkamah Agung pula.

Saya sendiri keliru sedangkan keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu mendapati anak saya serta yang lain tidak bersalah.

Walaupun sedih, saya terpaksa reda dan akur dengan segala keputusan memandangkan undang-undang di Thailand, tidak sama dengan negara kita.

Pada 6 Mac lalu, mahkamah membebaskan Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan daripada tuduhan secara bersama memiliki untuk menjual 6,059 biji pil methamphetamine.

Bagaimanapun, mereka kekal di penjara kerana mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap kesemua tertuduh.

Pada Rabu, penahanan Eda Ezrin, suami dan empat lagi tertuduh dilanjutkan sehingga 6 Julai depan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat Mahkamah Wilayah Narathiwat selepas pihak mereka meluluskan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan kesemuta tertuduh.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Eda Ezrin Semakin Kurus, Selalu Merintih’ – Bapa first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Latest Images