Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35760

[VIDEO] Bella Astillah Paksa Diri Untuk ‘Move On’

$
0
0

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tidak mengambil tempoh yang lama untuk ‘move on’ kerana sedar akan membinasakan diri sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Simpati Dengan Kes Rumah Tangga, Titip Pesanan Untuk Sentiasa Jujur – ‘Curang Itu Pilihan Bukan Takdir’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Sudah Bertunang

Percaya dan ikhlas jalani kehidupan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, akui dirinya merupakan seorang yang kerap ‘overthinking’.

Bagaimanapun, Bella berjaya keluar dari kepompong itu dengan sokongan daripada ahli keluarga.

Saya sebenarnya selalu ada perasaan takut, saya banyak overthink.

Tapi sebenarnya, kalau kita percaya dan ikhlas jalani kehidupan, saya sedar sokongan daripada keluarga sangat penting.

Alhamdulillah saya dikurniakan ibu bapa yang sayang saya dan beri penuh sokongan.

Bangkit & move on

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ itu menyatakan bahawa dia banyak memaksa diri untuk bangkit setelah diuji dengan pelbagai ujian kehidupan.

Bila saya dalam keadaan down, kadang-kadang saya akan paksa diri untuk bangkit dan tengok cermin.

Sebab kita hidup hanya sekali.

Kalau kita nak menangis dan meratap pun akan menjatuhkan diri sendiri.

Dan jalan terbaik adalah move on. Kita jumpa dengan orang-orang yang memberikan impak positif pada diri kita.

Sumber: TikTok @teambassofficial

The post [VIDEO] Bella Astillah Paksa Diri Untuk ‘Move On’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35760

Trending Articles