Hantaran terbaru jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali undang rasa kurang senang dalam kalangan peminatnya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Malu Dengan Pemikiran Sampah Orang Saya Sendiri’
Artikel Berkaitan: Jojo Ghazali Mengaku Dah Lama Jalin Cinta Dengan Kekasih – ‘Kalau Ada Yang Patah Hati, Saya Tak Boleh Buat Apa’
Hanya bergurau

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, pemilik nama Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, 19, memuat naik gambar memaparkan dirinya menjadi model iklan.
Dalam perkongsian itu juga, Johan atau lebih mesra disapa Jojo membuat ayat perlian yang ditujukan kepada mereka yang tidak suka dengannya di bahagian kapsyen.
Bagaimanapun, Jojo berkata dia hanya berseloroh dan memohon agar orang ramai tidak mengambil serius dengan gurauannya.
‘Kecewa tapi faham…‘

Menjengah ke ruangan komen, peminat menyatakan dia rasa kurang senang dengan tindakan Jojo yang selalu memerli orang ramai.
Membalas komen itu, Jojo berkata dia susah untuk menerima nasihat orang ramai kerana mereka tidak tahu apa yang dilalui olehnya untuk berjaya sehingga ke tahap ini.
Kalian tidak tahu apa yang saya lalui. Sebab itu susah untuk saya menerima nasihat daripada kalian.
Ini terpakai kepada semua orang. Macam saya, saya tidak pernah main bola tapi saya tidak akan kritik pemain bola sebab saya sendiri tidak pandai mana.
Saya sayang semua peminat saya tetapi kalau tidak suka, boleh unfollow.
Sebelum ini, Jojo meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang hanya memberi pujian ketika dirinya meraih kemenangan dan mengecam apabila berlaku kekalahan dalam usaha mengharumkan nama negara.
Sumber: Instagram
The post ‘Saya Sayang Semua Peminat Tetapi Kalau Tidak Suka, Boleh Unfollow’ first appeared on OHBULAN!.