Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36797

REV Media Group Rangkul Tujuh Anugerah Di MDA d’Awards 2025

$
0
0

Penerbit Digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (REV), berjaya merangkul tujuh anugerah berprestij di Malaysian Digital Association’s (MDA) d’Awards 2025.

Artikel Berkaitan: Rev Media Group Lancar Kempen Halal Travel Untuk Bantu Pengembara Muslim

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kejar Pelanggan, Kejar Peminat’! REV Media Group Mahu Bantu Perniagaan Tingkatkan Strategi Konten

Bawa pulang tujuh anugerah

REV Media Group (REV) membawa tujuh anugerah termasuk dua penghormatan tertinggi iaitu Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini dan kategori baharu yang diperkenalkan, Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini.

Anugerah ini menjadi bukti kepada dedikasi REV dalam mengangkat mutu editorial dan penceritaan berjenama, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh penawaran perkhidmatan agensi kandungannya.

Pengiktirafan sebagai Penerbit Digital Terbaik Tahun ini mengukuhkan lagi posisi REV sebagai pemain utama dalam industri media tempatan.

Dalam pada itu, kejayaan merangkul gelaran Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini membuktikan keupayaan REV melaksanakan kempen berjenama yang memberi impak tinggi merentasi pelbagai format digital, sosial dan video menerusi strategi pemasaran kandungan yang bersepadu.

Selain daripada itu, REV juga menerima lima anugerah Gangsa merentas kategori prestasi dan inovasi utama. Antaranya adalah:

  1. Penggunaan Terbaik AI
  2. Produk Teknologi Digital Lain
  3. Penggunaan Terbaik Kandungan/Advertorial/Pengiklanan Asli
  4. Penggunaan Terbaik Inovasi Pemasaran Digital
  5. Penggunaan Terbaik Platform Media Sosial

Kemenangan yang bermakna

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group iaitu Samuel Wee, kemenangan ini sesuatu yang bermakna dalam membuktikan semangat satu pasukan.

Kemenangan tahun ini amat bermakna.

Kami berbesar hati diiktiraf atas kerja yang kami lakukan sebagai penerbit, tetapi juga atas evolusi kami menjadi agensi kandungan yang boleh menyampaikan kecemerlangan kreatif dan impak perniagaan untuk pelanggan kami.

Anugerah-anugerah ini adalah bukti ketabahan, kreativiti, dan disiplin seluruh pasukan.

Imbas kembali, REV sebelum ini memenangi tujuh anugerah di d’Awards 2024, termasuk Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini, dan turut diiktiraf pada 2023 untuk platform pilihan rayanya MyUndi dan inovasi dalam kandungan sosial. Kemenangan tahun ini terus mengukuhkan kepimpinan industri REV dalam penerbitan digital dan kandungan berjenama.

The post REV Media Group Rangkul Tujuh Anugerah Di MDA d’Awards 2025 first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36797