Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Rumah Smart Tanpa Modal Besar? Subscribe Je 10 Produk Premium LG Ni!

$
0
0

Kalau dulu nak lengkapkan rumah dengan produk premium rasa macam satu komitmen besar, sekarang tak lagi! LG tampil dengan revolusi gaya hidup moden menerusi LG Subscribe iaitu penjenamaan semula dari LG Rent-Up yang lebih menyeluruh dan fleksibel.

Di Malaysia, LG merupakan jenama pertama yang memperkenalkan model sewa beli komprehensif dengan lebih daripada 10 jenis produk peralatan rumah pintar.

Confirm gaya hidup makin senang dan bergaya!

LG Subscribe – Bukan sekadar nama baru, tapi cara baru miliki teknologi premium!

Kalau korang nak tahu, LG tampil dengan 10 jenis produk high-end untuk dilanggan, LG Subscribe tawarkan pengalaman penuh dari segi teknologi dan kemudahan. Antaranya termasuk:

  • LG PuriCare™ penulen air
  • LG CordZero™ vakum tanpa wayar
  • LG ArtCool penyaman udara bergaya
  • LG WashTower™ mesin basuh & pengering dalam satu

Semuanya datang dengan integrasi LG ThinQ™ dimana ia boleh kawal semua peranti dari satu aplikasi je. Fuhhh! Kalau korang nak hidup smart, memang wajib ada ni!

Servis penyelenggaraan lengkap, first in Malaysia!

LG satu-satunya jenama yang bagi pilihan servis layan diri dan servis penyelenggaraan berkala. 

Maksudnya, sama ada korang nak buat sendiri atau prefer serah semuanya pada pakar, LG sediakan dua-dua pilihan. Memang lengkap dan mereka tetap cover sepenuhnya tau! 

Langganan juga fleksibel antara 5 hingga 7 tahun, sesuai untuk korang yang inginkan gaya hidup premium tanpa perlu bayar sekaligus.

LG PuriCare™ ATOM-U – Rekaan minimalis, fungsi maksimum!

Selain itu, LG juga memperkenalkan inovasi terbarunya dalam dunia penulenan air iaitu Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U 

Model terbaru ni hadir dengan rekaan bawah sinki (undersink) yang kompak dan super sleek, sesuai untuk dapur moden yang utamakan ruang dan estetika. Ia direka khusus untuk pengguna yang suka gaya hidup minimalis tapi tetap nakkan kualiti terbaik.

Bukan setakat cantik, fungsi dia pun mantap habis. ATOM-U dilengkapi sistem penapisan 4 peringkat yang memastikan air bersih, selamat dan bebas dari benda asing atau bahan pencemar. 

Nak air bersih untuk minum terus? Tak perlu risau dah!

Lebih menarik, ATOM-U juga boleh disambungkan dengan LG ThinQ™, jadi korang boleh pantau status penapisan, jangka hayat filter dan tetapan terus dari smartphone. Semuanya lebih mudah, pantas dan smart!

Pendek kata, LG PuriCare™ ATOM-U bukan sekadar penulen air biasa, ia gabungan antara gaya hidup moden, teknologi pintar dan penjagaan kesihatan seisi keluarga.

Bukan tu je, produk LG juga mempunyai teknologi AI yang mantap!

Sempena LG CE Convention 2025, LG juga perkenalkan teknologi Affectionate Intelligence (AI). Ini merupakan satu pendekatan teknologi yang lebih empati dan memahami keperluan sebenar pengguna.

Antara inovasi yang mencuri tumpuan:

  • TV OLED dengan AI Picture & Sound: auto adjust ikut suasana dan jenis tontonan
  • Aircond LG Dual Cool: belajar pola penggunaan dan adjust suhu sendiri
  • Mesin basuh AIDD: detect jenis fabrik dan saiz cucian untuk penjagaan optimum
  • Peti Sejuk MoodUP™: pintu LED tukar warna ikut mood + ada speaker terbina

Power wehhh! Dengan AI & LG ThinQ™, semua peralatan rumah bukan saja pintar tetapi ia juga “mesra pengguna” dan sentiasa adaptif dengan gaya hidup harian kita.

Rumah moden, hidup lebih mudah! Jom langgan LG Subscribe!

Tak perlu tunggu beli baru dapat gaya hidup mewah. Dengan LG Subscribe, korang boleh terus langgan 10 produk premium, siap dengan servis penyelenggaraan dan teknologi smart dalam satu pakej mudah.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh je layari laman web mereka www.lg.com/my atau boleh follow Facebook LG Malaysia untuk info lanjut dan promosi terbaru!

The post Rumah Smart Tanpa Modal Besar? Subscribe Je 10 Produk Premium LG Ni! first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Latest Images