Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35805

[VIDEO] Punca Cerai Tiada Persefahaman, Isteri Cari Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim

$
0
0

Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan, 37, bergegas pulang sejurus selesai prosiding pertama kes perceraian yang difailkan terhadap suami.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Terima Kasih Semua Yang Mendoakan’ – Fikry Ibrahim

Artikel Berkaitan: Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?

Bergegas pulang

Siti Khalizah memohon maaf kerana tidak mampu memberi sebarang kenyataan dan meminta semua pihak menghormatinya.

Saya minta maaf, saya tak boleh cakap apa-apa.

Khalizah ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Tiada persefahaman

Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib memaklumkan punca anak guamnya menuntut perceraian disebabkan sudah tiada persefahaman dalam perkahwinan.

Hari ini adalah sebutan hari pertama, namun defendan (Fikry) tidak hadir dan mahkamah menetap satu tarikh baharu untuk kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk berdamai. Prosiding seterusnya adalah pada 10 September 2025.

Saya hanya boleh maklumkan punca perceraian adalah tiada kesefahaman. Pihak defendan sudah terima surat permohonan cerai daripada pihak kami.

Tambah Muhammad Afiq, Khalizah juga memaklumkan kepadanya bahawa masih ada ruang untuk dia dan Fikry berdamai sekali gus menyelamatkan rumah tangga.

Khalizah menfailkan cerai sekitar Mei. Buat masa ini, Khalizah masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian.

Rumah tangga Fikry dan Khalizah didakwa mula goyah sejak Mei lalu.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam sebuah mahjlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kedah.

Ini merupakan perkahwinan kedua untuk Khalizah.

The post [VIDEO] Punca Cerai Tiada Persefahaman, Isteri Cari Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35805

Trending Articles