Sepotong video memaparkan pelakon Muntazar Ghufran berkongsi mengenai gaya pemakaian wanita yang mampu menarik minatnya telah menyorot perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: ‘Sakit Sebab Dalam Akaun Bank Ada RM500’ – Muntazar Ghufran
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Niat Untuk Mengaibkan Tapi Pertahankan Diri’ – Saidah Kamaruddin
Wanita muslimah

Menerusi hantaran di TikTok Crookedculture.my, Muntazar, 25, memberitahu dia menyukai wanita yang bertudung dan menutup aurat sepenuhnya.
Saya suka perempuan muslimah yang menutup aurat.
Dalam perkongsian sama, Muntazar turut memberitahu dia kurang gemar melihat gaya seseorang yang suka memakai seluar pendek dan dipadankan dengan baju ketat.
Pada saya fesyen yang ‘red flag’ apabila pakai seluar singkat dan berbaju ketat.
Tapi jika ada yang tak setuju dengan pendapat saya itu terpulang. Setiap orang ada style masing-masing.
Tambah Muntazar, lelaki juga harus mempunyai gaya tersendiri setiap kali mahu keluar berjalan.
Seorang lelaki perlu ada gaya, kalau tiada ‘style’ boleh balik rumah, tidur dekat rumah.
Sumber: TikTok
The post Muntazar Suka Perempuan Muslimah, Pakai Seluar Pendek & Baju Ketat Kategori ‘Red Flag’ first appeared on OHBULAN!.