Seorang wanita yang mengaku pekerja kepada usahawan, Kieda Crepe meminta orang ramai membatalkan niat mahu memboikot perniagaan majikannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Jadi Diri Sendiri, Tak Fake & Tak Makan Kawan’ – Kieda Crepe
Tempat cari rezeki

Menerusi hantaran di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Alya Azmri berkata, perniagaan yang diusahakan Kieda merupakan tempatnya mencari rezeki bagi menyara keluarga.
Sekiranya orang ramai memboikot perniagaan itu susulan kontroversi dicetuskan Kieda, dia dan pekerja lain akan kehilangan punca pendapatan.
Jangan sekat tempat kerja kami (pekerja) cari rezeki. Kami ada yang mencari rezeki untuk keluarga, ada yang nak simpan duit untuk kahwin dan ada yang simpan untuk diri sendiri.
Dalam pada itu, di ruang kapsyen, Alya berkata, walau apa jua ujian mahupun keadaan menimpa Kieda, dia sentiasa berada bersama usahawan itu.
Kami akan sentiasa ada dengan kak Kieda.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata wargamaya berasa simpati dengan nasib pekerja Kieda yang terkena tempias akibat kontroversi ditimbulkan.
Wargamaya berkata, para pekerja tidak bersalah selain meminta mereka untuk menasihatkan Kieda supaya menjaga perilakunya.
Baru-baru ini, Kieda memuat naik sepotong video dengan mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: TikTok
The post ‘Jangan Sekat Tempat Kerja Kami Cari Rezeki’ – Staff Kieda first appeared on OHBULAN!.