Pempengaruh dan usahawan, Kak KM memaklumkan dirinya akan kerap ulang alik ke Singapura selepas anak sulungnya, Nabila Razman memulakan tugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Rumah Untuk Setiap Anak, Netizen Puji Pengorbanan Kak KM – ‘Suka Tengok Cara Dia Hargai Anak-Anak’
Risau keselamatan anak
Menurut Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli, dia risau akan keselamatan anaknya itu memandangkan ini merupakan kali pertama mereka berjauhan.
Sangat lama saya dan dia akan berjauhan. Untuk sejukkan sedikit hati, mungkin saya akan kerap ke sini.
Sebab kalau Nabila nak balik ke Kuala Lumpur macam susah sebab cuti dia pun tak tetap.
Saya dan keluarga akan kerap buat begitu sebab dia seorang saja di sini dan ini adalah kali pertama dia bekerja di luar negara.
Saya risaukan makan minum dan keselamatan dia. Tapi insya-Allah tak risau sangat sebab ada saja ahli keluarga suami saya yang menetap di sini.
Kak KM berkongsi perkara tersebut ketika dihubungi OhBulan! menerusi panggilan telefon pada Selasa.
Tak tahu nak ‘adapt’ macam mana

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini meluahkan rasa lega kerana dapat menyediakan hidangan yang diminta Nabila sebelum mereka berangkat ke Singapura.
Saya tak tahu nak ‘adapt’ macam mana (berjauhan) dengan dia sebab masih di sini bersamanya.
Bila nak balik ke KL lusa ini, tak tahulah macam mana nak cakap.
Tapi saya lega juga sebab dapat masakkan beberapa makanan yang Nabila inginkan seperti udang galah masak kari, tom yam ayam dan macam-macamlah.
Alhamdulillah, dapat masakkan untuk dia sebab saya ini kalau bab anak mak makan, nak bagi sampai dapat.
Ketika ditanya apakah pesanan yang diberikan kepada Nabila, Kak KM menitipkan nasihat supaya anaknya itu sentiasa menjaga hubungan dengan Allah lebih-lebih lagi ketika berjauhan dengan keluarga.
Saya memang pesan kepada dia untuk jaga solat dan jaga diri sebab bila duduk jauh dengan mak macam-macam boleh berlaku.
Saya paling takut kalau anak jadi liar dan macam mana nak pastikan perkara tak elok berlaku adalah kena solat.
Walau dia pakai macam mana pun, solat tetap perlu dilakukan supaya dapat menghindarkan kita daripada perkara-perkara yang tak betul.
Sekadar info, Kak KM dan keluarganya kini berada di Singapura bagi menguruskan dokumentasi Nabila.
Nabila kemudiannya akan menjalani latihan selama empat bulan sebelum memulakan tugasnya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
The post Tak Sanggup Berjauhan Dengan Anak, Kak KM Rancang Kerap Ke Singapura first appeared on OHBULAN!.