Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36299

4U2C Anjur Konsert Selepas 30 Tahun –‘Kami Takkan Miming & Akan Menari’

$
0
0

Selepas sekian lama menyepi, kumpulan rap popular era 1990-an iaitu 4U2C bakal kembali mengubat kerinduan peminat apabila tampil dengan konsert mereka yang diberi nama ‘WE 4U2C’.

Artikel Berkaitan: Bekas Anggota 4U2C, One II Meninggal Dunia

Teruja nak ‘comeback’

Menurut ketua kumpulan mereka, Datuk AC Mizal idea untuk menganjurkan konsert ini mula tercetus melalui idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida.

Selain itu, pemilik Mizal Zaini ini turut menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. tiba tepat pada waktunya.

Konsert ini sudah menjadi impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya dan kemudian pihak Juss Event menawarkan untuk kumpulan 4U2C adakan konsert sendiri.

Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat.

Saya dan ahli kumpulan lain janji akan memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti.

Kami tak akan ‘miming’ dan akan menari seperti yang kami selalu lakukan tiga dekad yang lalu.

Tambah AC, kejayaan konsert yang dilakukan adik-beradik trio, KRU pada awal Mei lalu juga mendorong 4U2C untuk membuat penampilan semula.

Ujarnya, konsert yang bakal diadakan ini juga sebagai langkah awal bagi 4U2C untuk kembali ke pentas muzik arus perdana.

Terima kasih kepada KRU kerana dengan pengajuran konsert mereka, ia membuka ruang kepada kumpulan era 1990-an untuk turut menganjurkan konsert.

Kami mahu kongsi momen ini bersama peminat dan keluarga. Pada kami, ini adalah satu perkara yang sangat dinantikan.

Objektif kami adalah untuk jadi ‘trendsetter’ dengan kembalikan sejarah dahulu. Ini peluang untuk kami buat kemunculan semula.

Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari, jadi untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama.

Kita nak tunjuk dalam Malaysia ini sebenarnya memang ada artis yang berkualiti dan bukan sekadar menyanyi semata-mata, namun boleh menghiburkan.

Konsert 4U2C

Bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya, konsert ‘WE 4U2C’ bakal menghimpunkan tujuh anggota iaitu AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

Konsert yang akan diadakan pada 15 September akan datang ini bakal mengangkat tema ‘Bringin’ Back Da 90’s Flava’, bertujuan untuk mengimbau kembali nostalgia dengan gaya dekad 1990-an.

Lebih menerujakan, komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik dengan dibantu 14 pemuzik profesional dan berpengalaman dalam industri.

Menerusi konsert sama, 4U2C juga akan mempersembahkan tiga single baharu khas buat peminat.

Tiket konsert WE 4U2C dijual pada harga RM155 hingga RM555 bermula 30 Jun ini melalui platform Ticket Empire dan Fantopia.

The post 4U2C Anjur Konsert Selepas 30 Tahun – ‘Kami Takkan Miming & Akan Menari’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36299

Latest Images

Trending Articles