Meskipun nama sudah cukup utuh dalam industri muzik tanah air, namun bagi penyanyi, Hazama merasakan dirinya masih belum ‘matang’ untuk menganjurkan konsert solo terutama dalam skala besar.
Artikel Berkaitan: 2,500 Penonton Terpukau Dengan Konsert Hitam Manis! Trio Hazama, Hattan & Black Buat ‘Tribute’ Untuk Arwah Jay Jay
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalaulah Dari Kecil Dulu Saya Betul-Betul Belajar Al-Quran’ – Hazama
Belum cukup ‘masak’

Mempunyai satu pegangan prinsip sendiri, Hazama, berkata, dia perlu mengumpul lebih banyak material dan melancarkan pelbagai genre lagu untuk mempersembahkan sebuah ‘repertoire’ menarik di konsertnya kelak.
Saya tidak kejar nak buat konsert pada usia sekarang. Yang patut buat konsert adalah penyanyi seperti Misha Omar, Spider, Dayang Nurfaizah dan beberapa penyanyi lagi sebab mereka sudah cukup ‘masak’ nak buat konsert.
Kalau artis macam Datuk Awie, Wings, Search, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir itu semua sudah tahap lain.
Belum masanya lagi untuk saya buat konsert. Sekarang ini adalah masa untuk saya kumpul lagu, supaya nanti bila saya buat konsert, saya tak perlu nyanyi lagu orang lain.
Hazama berkata demikian pada sidang media pelancaran lagu baharu miliknya berjudul Aku Bukan Narsisis yang diadakan di ibu kota, pada Selasa.
10 tahun lagi

Tambah juara Akademi Fantasia 9 itu, dia juga menantikan masa yang tepat untuk menjayakan konsert supaya peminat yang hadir berasa berbaloi selain mengimbau pelbagai nostalgia apabila mendengar setiap karya yang didendangkan.
Kalau boleh saya nak semua lagu saya itu ada memori untuk pendengar, sebab itu saya masih memerlukan masa. Bila saya menceritakan mengenai lagu itu sebelum nyanyi, peminat dapat ‘flashback’ memori dengan lagu itu.
Kalau ikutkan sekarang saya sudah ada lebih 30 lagu tapi bagi saya tunggu dulu, sebab mahu lagu saya ‘masak’ dulu. Contohnya, orang datang ke konsert KRU, orang nak imbas nostalgia.
Kita boleh dengar lagu sama di Spotify, tapi nostalgia yang kita dapat di konsert itu yang membuatkan sesebuah konsert itu berjaya. Jadi saya tunggu lagi 10 tahun mungkin baru boleh adakan konsert sendiri.
Aku Bukan Narsisis

Dalam pada itu, berkongsi mengenai Aku Bukan Narsisis ciptaan Farouk Roman dan lirik hasil kolaborasi Hazama dan Zel Hadauan, penyanyi berusia 40 tahun itu berkata, karya itu adalah taruhannya sebagai penyanyi ‘power vocal’.
Saya sudah lama tak keluarkan lagu macam ini dan itu sebab saya ambil lagu ini, memandangkan dalam album saya sebelum ini tiada lagu sebegini. Elemen lagu ini juga adalah vokal, itu yang saya lebih suka.
Malah rakyat Malaysia juga lebih sukakan lagu-lagu berentak sedih sebegini, alhamdulillah maklum balas saya terima memang baik.
Untuk lagu ini juga saya ambil bahagian dalam menulis lirik dan kalau ada peluang saya mahu lagu ini ke Anugerah Juara Lagu (AJL).
Sebab lagu ini juga menitik beratkan vokal, jadi sayang kalau saya tak pertandingkan. Mungkin saya boleh menjadi pencabar penyanyi ‘power vocal’ yang lain.
Lagu ini menyelami sisi psikologi seorang lelaki yang sering dilabel sebagai narsisis atau terlalu mengawal dalam percintaan, sedangkan hakikatnya dia sedang bergelut dengan ketakutan akan kehilangan, rasa tidak mencukupi dan obsesi terhadap kesempurnaan dalam cinta.
The post ‘Saya Tunggu Lagi 10 Tahun Baru Buat Konsert’ – Hazama first appeared on OHBULAN!.